Mat Rempit Pulau Pinang Buat Demo Minta Litar Lumba

Berita dari Penang Daily, Mat Rempit telah berhimpun dan berdemo ramai-ramai mendesak kerajaan Pulau Pinang membina litar lumba untuk mereka berlumba.

Kira-kira 200 orang mat rempit berhimpun mengadakan tunjuk perasaan di kawasan jam besar Pulau Pinang bagi menuntut dibina litar khas untuk mereka.

Mat rempit berdemo di Pulau Pinang

Mat mat rempit ini berbaris panjang kira-kira jam 1 petang tadi dan membunyikan hon selama 30 minit sebelum disuraikan oleh pihak polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi oleh parti politik tetapi ianya belum dapat dipastikan lagi. Kebanyak mat mat rempit yang datang berhimpun memakai baju T bewarna kuning bertulis perkataan “LGE (Lim Guan Eng)rasis” dan “Selamatkan Pulau Pinang.”

Kumpulan mat rempit itu mula bergerak dari  Jalan Pulau Pinang  ke  bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Jalan Street Light.

Semasa tangkapan dibuat, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus  menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.

Ketua Polis Daerah Georgetown Gan Kon Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim Guan Eng berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka.

“Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda, mereka boleh ditahan,” katanya.

Mereka ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.

Berita dari Bernama:

Polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mereka yang termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.

Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini, katanya kepada pemberita, di sini.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati perhimpunan disertai kira-kira 200 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning yang memaparkan ayat “Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis”.

Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit.

Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri sebelum bersurai selepas diarahkan polis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Mat Rempit Pulau Pinang Buat Demo Minta Litar Lumba”

  1. zik says:

    macam2 … litar lumba yang dimintaknya pulak… baik cari kerja lain lah… buat pe lumba2 nih.. aduyai
    zik recently posted..Have a nice day!! (blues monday)

  2. Pacifista says:

    aik…mat rempit pun dah pandai demand?bagus la…
    Pacifista recently posted..Jadual Tangga Gaji Guru DG41 – SBPA Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

  3. yas says:

    Mungkin bukan kesemuanya tu mat rempit…tp permintaan derang tu pada aku logik sesangat dah…penang dh lama terkenal dgn mat2 motor dr kat litar sampai le kat jalanraya…mmg patut pun sekarang kjn ngeri buat satu trek khas tuk derang menguji dan mengasah bakat derang tu…

    tapi yg aku nak tersenyum sbb depa tu pakai baju kunin….hehehe
    yas recently posted..New Batman is Coming!!!

  4. zaman ni semua org berdemo.. mat rempit pun demo. Kawe tunggu budak tadika jer berdemo…

  5. APAN says:

    pelik2 je…dah nma rempit…pandai lak nak lumba kat litar.x rempit la gitu…
    APAN recently posted..Trex Pun Ada Burung

  6. akubiomed says:

    Elok juga ada trek khas untuk Mat Rempit mengasah bakat mereka. Mana tahu boleh sampai tahap MotoGP atau SBK nanti

  7. ikan kembung says:

    inilah org ckp bodoh punya orang..kecik2 x nak mampus..besaq2 menyusahkan masyarakat..yg ko nak litar lumba sgt tu buat hape..ko ingat negara blh maju ke kalo korang jadik mat rempit..pelajarilah dan dalamilah ilmu agama, agar hidup lebih terjamin di akhirat kelak..bkn di dunia semata2..

  8. I m not still aware from the problem that how it can be happened and also for the peoples who face it a lot more.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold