Mangsa Gempa Bumi di Turki Meningkat

Gempa bumi 7.2 skala Ricther yang melanda kawasan Ercis di Turki Ahad lalu, mengorbankan seramai 366 orang, dan jumlah ini mungkin akan meningkat. Beratus-ratus masih lagi hilang, dan lebih 1,000 orang cedera. Gempa bumi paling kuat itu meruntuhkan bangunan dan kira-kira 2000 lebih bangunan rosak teruk.

Dalam gempa bumi itu para penyelamat telah berjaya mengeluarkan bayi berusia 2 minggu yang terperangkap dalam bangunan runtuh.(baca sini, Gambar dan video)

Mangsa gempa bumi terpaksa bermalam di khemah khemah yang disediakan oleh bulan sabit merah, ada yang membuat unggun api dan berhimpun pada malamnya bagi mengelakkan kesejukan.

Sebanyak 13,000 khemah telah disediakan untuk mangsa gempa bumi yang terselmat dan ianya mampu untuk perlindungan sementara bagi 40,000 orang mangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold