Mamat Sepah dan Fida Putus Cinta

Hubungan cinta Mamat Sepah dan Fida Ibrahim yang bermula sejak 6 bulan lalu akhirnya putus di tengah jalan, gara gara Mamat memuatnaik gambar Fida yang tak bertudung (hanya memakai topi dan terdedah sedikit rambut ) di laman Facebook. Ekoran dari itu, ramai peminat mengecam dan mengutuk Fida yang selama ini tampil dengan imej bertudung litup. Fida kemudian memaklumkan kepada media yang dia dan Mamat sudah putus hubungan dan tidak mahu lagi dikaitkan apa apa dengan Mamat.

Mamat pula sebaliknya terkejut dengan berita putus cinta itu kerana dia tidak tahu menahu pasal Fida nak putuskan hubungan cinta mereka. Mamat hanya dapat tahu dari akhbar dan bukannya dari mulut Fida sendiri. Mamat cuba menghubungi Fida melalui telefon bimbit , namun Fida hanya mendiamkan diri. Pengurus Fida menyatakan , pelakon itu sekarang mahu menenangkan fikiran dan tidak mahu membuat apa apa kenyataan balas.

Walaubagaimana pun Mamat redha dengan apa apa keputusan Fida,  walaupun hubungan cinta mereka tak kesampaian, dia masih sayangkan Fida.

komen Mamat:

“Saya akui kesilapan saya meletakkan gambar Fida yang tidak bertudung dalam laman sosial Facebook saya sewaktu kami bercuti bersama-sama baru-baru ini. Saya secara tidak sengaja termuat turun gambar itu hingga Fida mendapat kecaman banyak pihak.

“Bagaimanapun, setakat ini Fida tidak bersemuka dengan saya dan dia hanya meluahkan perasaannya itu kepada wartawan. Saya pun tidak sanggup membaca akhbar sejak seminggu kebelakangan ini yang banyak menyiarkan kisah kami yang putus cinta,”

“Fida melalui pengurusnya berkata, dia tidak mahu saya menghubunginya buat masa ini. Dia mahu menenangkan fikirannya dulu. Saya tidak dapat menghubunginya melalui telefon ataupun bbm (blackberry messenger). Dalam hal ini saya tidak mahu bertepuk sebelah tangan.

“Saya anggap ini mungkin hukuman Fida terhadap saya kerana memuat turun gambarnya yang tidak bertudung sewaktu percutian kami baru-baru ini. Biarpun dia sudah tidak sukakan saya tetapi saya masih sayangkan dia.”

sumber: mynewshub,my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Mamat Sepah dan Fida Putus Cinta”

  1. MTT says:

    Putus dah ? =..=”
    Tak ada jodoh …

  2. far_east says:

    kesian plak kat mamat…dulu geng sepah cakap nak berpecah melalui media, dan sekarang fyda pulak kata nak putus ngan dia guna media..semua orang tanak cakap sendiri ngan dia kerr…

  3. [...] Artikel lain: Fida dan Mamat Putus Cinta [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold