Majlis Resepsi Norman Hakim dan Memey New York Look (12 juta)

Rabu lepas, sudah berlangsung Majlis Resepsi yang berkos 12 juta di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur. Majlis yang bertemakan Inggeris 100 peratus berpadanan dengan tema perkahwinan mereka ala “New York Look” . Memey memakai gaun yang direka khas oleh pereka erkemukan Vera Wang dan memakai barang kemas Rafflesia bernilai 500,000.

Begitu juga dengan Norman, pelakon itu tampak segak bergaya dengan mengenakan sut bewarna hitam dengan nilai RM10,000 rekaan Lord’s Taylor.

Aturcara majlis resepsi

Suasana dewan dihiasi dengan tema hitam dan putih sementara lantai dewan ditabur dengan kelopak bunga ros.

Dewan

Jimmy Choo mengiring Memey

Memey memaki tiara dan barang kemas Rafflesia bernilai 500,000, Norman memekai sut hitam

Bermula pada pukul 8.30 malam, pasangan mempelai tiba dengan iringan persembahan nyanyian kumpulan koir, RTeez.De.Chorale Choir.

Selepas setengah jam Norman beramah mesra dengan tetamu, barulah pengantin perempuan melangkah masuk. Sama seperti pengantin lelaki, pengantin perempuan diiringi dayang-dayang atau dipanggil ‘bridesmaids’. Untuk Memey, Miera Liyana, Fathia, Julia Zigler dan Eina telah terpilih menjadi individu yang paling dekat dengan pengantin perempuan.


Norman tiba lebih awal dengan barisan ‘bestmen’ yang terdiri daripada Afiq Muiz, Fizz Fairuz dan dua bintang Indonesia, Samuel Rizal dan Didi Riyadi.


Selepas itu pengantin perempuan diserahkan kepada pengantin lelaki, pasangan ini dibawakan ke pentas utama untuk sesi bergambar dan seterusnya menikmati hidangan makan malam.

Artis Malaysia yang hadir

Sepanjang berlangsungnya majlis yang dikendalikan oleh hos yang juga merupakan perunding perkahwinan, Billbora, pasangan pengantin dan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi hebat seperti Fauziah Latiff, Azhar Osman, Amanda Imani dan Farhan.

Seramai 12 orang selebriti iaitu, Afiq Muiz, Fizz Fairuz, Didi Riyadi, Samuel Rizal, Miera Liyana, Julia Ziegler, Fathia dan Eina turut menjadi pengapit pasangan merpati dua sejoli itu. Artis lain ialah Kila Fairy, Nubhan, Marsha, Syafinaz Selamat, BKay, Fazley Zainal, Dynas Mokhtar, Sazzy Falak, Datuk Yusof Haslam, Datuk Chef Wan dan Ifa Raziah.

Potong kek

Bagi acara potong kek pula, Memey mengenakan gaun pengantin rekaan Vera Wang rona tanah ala Bohemian manakala Norman memakai sut ‘tail coat’ bertemakan klasik yang ditaja oleh Lord’s Tailor.

gaun pengantin rekaan Vera Wang rona tanah ala Bohemian manakala pasangannya memakai sut ‘tail coat’ bertemakan klasik yang ditaja oleh Lord’s Tailor

Memey turut disaluti dengan aksesori barangan kemas daripada Rafflesia bernilai RM1 juta.

Pada majlis perkahwinan yang dianggap sebagai “Wedding of The Year”, ia turut dihadiri kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada pihak media dan selebriti.

Lagi gambar persandingan Memey dan Norman di Johor

Akad nikah NOrman Hakim di rumah Memey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Majlis Resepsi Norman Hakim dan Memey New York Look (12 juta)”

  1. nrz says:

    Chef WAn komen pedas baju pengantin MEmey yang mcm baru kuar mesin basuh

    Iklan tak sepanas BAJU MEMEY yang dikritik pedas oleh CHEF WAN

  2. memek says:

    ini betol2 majlis kawin ke pre shoot utk magazine? ekekekeke

  3. cheda says:

    datuk siti yg kawen ngn datuk k pon x kawen sampai 12 juta…
    norman hakim je kot…bekas laki org…
    xyah nak megah sangat la…

  4. karakara says:

    nape si memey tu senyum over sgt..padahal kawen dgn duda je pon..hutang lapok pon xbyr lg..gamaknye dah jd bad debt..

  5. torong says:

    mmg dah macam stail kristian ehhhh….pegi mampos la,…norman nko rase layak ke memey tu jd bini nko, memey nko rase norman tu layak ke jd laki nko…dua-dua pon x layak…nkorg xkan lama bsama…aq bet

  6. semanis madu says:

    Betul2 pembaziran!

  7. aisyah says:

    giler buruk baju memey…as much as i love very wang….come on..that must be mcm last 10 seasons punya baju kot

    and the tiara?????omg!!!! what the hell?? ingat ni zaman bila pakai tiara ni???org pakai headpiece jer kot skrg!

    pleaseeee!!! klu dah kampung tu kampung jugak laa…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold