Majlis Resepsi Memey dan Norman Hakim di Johor

Dalam majlis resepsi yang diadakan di rumah pengantin perempuan kelmarin, Memey tampil bagaikan Puteri Raja dalam dua persalinan mewah sentuhan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini. Dianggarkan kedua-dua gaun moden ini berharga hampir RM30,000 kerana ia menggunakan perincian eksklusif.

Gambar persandingan Memey dan Norman

CHEF WAN kritik pedas gaun pengantin Memey yang kecut

Gaun rekaan Hatta Dolmat

Menurut Hatta Dolmat, dia mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan gaun berona merah jambu dan pic itu.

“Kalau ikut citarasa peribadi saya, sudah pasti saya gemarkan baju yang menggabungkan ciri-ciri tradisonal dan moden, tetapi Memey lebih cenderung kepada rekaan moden. Jadi, untuk memenuhi kehendak pengantin, saya buatkan sepasang gaun moden yang menonjolkan kelembutan seorang wanita. Selain itu, saya juga sesuaikan rekaan ini dengan konsep majlis persandingan, iaitu perkahwinan dalam taman,”

Bagi Rizman Ruzaini pula, mereka menghasilkan gaun Memey dengan mengambil inspirasi daripada gaun rekaan pereka fesyen antarabangsa, Elie Saab. Memilih rona putih dan merah jambu, gaun moden ini mewah perincian batu permata.


Memey dan Norman potong kek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Majlis Resepsi Memey dan Norman Hakim di Johor”

  1. anis alya says:

    entahlah. tapi kesemuanya bajunya macam tak berapa nak cantik. yg pink tu lgi crowded. serabut je tgk. itu pandangan sy. org lain sy tak tau.

  2. warna dia menarik tp mungkin terlalu sarat sgt dgn perincian..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold