Majlis Perundingan Gaji Negara Digesa Minta Gaji Pokok RM1500

Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang mengadakan perjumpaan pertama di Putrajaya pada Selasa (27hb 9), digesa supaya menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum untuk pekerja di negara ini seiring dengan peningkatan kos sara hidup sekarang.

Jika sebelum ini pihaknya menuntut gaji minimum RM900 tetapi melihat ia kadar sudah tidak relevan memandangkan kos kehidupan semakin meningkat. Walaupun beberapa pemimpin dan ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menganggotai majlis itu, pihaknya tetap yakin mereka akan terus mengusulkan supaya gaji minimum ditetapkan pada kadar RM1500.

Tahun lalu bekas presiden MUTC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata kira-kira 2.2 juta pekerja tempatan menerima gaji pokok di bawah RM1000 sebulan dengan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar.

Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) Abdul Razak Md Hasan pula berkata pihaknya amat berharap penetapan gaji minimum akan diperluaskan ke semua sektor bagi memastikan tiada lagi pekerja berpendapatan rendah berhadapan dengan tekanan hidup.

Datuk Subramaniam, Menteri Sumber Manusia berkata kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum menjelang akhir tahun ini dengan mengambil kira syor yang bakal dikemukakan MPGN tetapi berteraskan keutamaan sama rata kepada kepentingan kerajaan, pekerja dan majikan.
MPGN akan menasihatkan kerajaan dalam semua perkara berhubung gaji
MPGN akan menasihatkan kerajaan dalam semua perkara berhubung gaji minimum termasuk perkembangan pada peringkat antarabangsa. Ia boleh mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai kadar dan liputan gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan dan wilayah tertentu selain perkara berhubung kait dengan gaji minimum atau gaji secara umum.

MPGN ada pilihan sama ada mengesyorkan gaji minimum mengikut sektor, pekerjaan dan wilayah atau mengesyorkan gaji minimum dipakai dalam semua sektor, semua jenis pekerjaan dan semua wilayah.

Sebelum ini tiga kaedah yang diguna pakai adalah penetapan gaji berdasarkan kuasa pasaran menerusi Perjanjian Bersama (CA) dan Majlis Penetapan Gaji (MPG) di bawah Akta Majlis Penetapan Gaji 1947.
Bagaimanapun daripada tiga kaedah itu hanya gaji yang ditetapkan MPG ditetapkan sebagai gaji minimum, tetapi terhad kepada sub sektor tertentu bagi kumpulan pekerja yang mudah terjejas seperti pembantu kedai, pekerja pelabuhan, hotel dan penyediaan makanan serta pengawal keselamatan.
sumber :
http://pmr.penerangan.gov.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Majlis Perundingan Gaji Negara Digesa Minta Gaji Pokok RM1500”

  1. akubiomed says:

    Gaji minimum RM1,500 untuk teknikal atau bukan teknikal kerana gaji graduan lepasan diploma kejuruteraan rata-rata RM1,500 tapi ada majikan mereka kurang daripada itu. Gaji atendant hospital campur elaun boleh capai RM1,500.

    Bagi saya tangga gaji perlu ada beza antara teknikal dan bukan teknikal

  2. Juan says:

    aku kurang setuju, mcm mana dengan swasta, gaji technical pon 1500, swasta tiada kelebihan, kena byr income tax, kerajaan juga harus gubal peruntukkan bagi swasta

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold