Majlis Pertunangan Erni Dekritawati Secara Tertutup

Majlis pertunangan anak jutawan kosmetik Erni Dekritawati Yuliana Buhari 26 dan selamat berlangsung secara tertutup semalam. Erni Dekritawati atau Rita bertunang dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35 tahun seorang Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Mashitah Ibrahim.

Kira-kira 500 orang membabitkan ahli keluarga dan kenalan rapat menghadiri majlis pertunangan anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah.

Majlis diadakan secara tertutup di kediaman mewah keluarga jutawan kosmetik itu di Gombak, dekat sini dan turut dihadiri Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim serta suami.
Acara bermula selepas solat Isyak apabila rombongan lelaki yang mengenakan pakaian berwarna ungu tiba jam 8.45 malam membawa tujuh dulang hantaran termasuk cincin pertunangan dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Erni dan Kamarulazlan bakal melangsungkan perkahwinan pada 4hb Disember 2011, mengikut petikan berita, wang hantaran bakal diterima Rita ialah RM30,000. Majlis persandingan di sebalah pihak lelaki dijangka diadakanpada 8 Disember 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Majlis Pertunangan Erni Dekritawati Secara Tertutup”

  1. zaman nie semua benda boleh jual jadi cerita ehhh… Majlis kawin, majis tunang, majlis bersunat..
    Baru gak kawe baca tadi ada celeb barat diam2 mengandung tak mahu bagitahu org supaya boleh jual cerita exclusive di media.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold