Laporan Terkini Belanjawan 2012: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara

Tema Belanjawan 2012 ialah Membela Rakyat dan Mensejahtera Negara akan dibentangkan olen Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kira kira jam 4 petang ni. Belanjawan/ Bajet 2012 kali ini lebih menumpukan kepada meringankan beban rakyat bagi menghadapi kos hidup yang semakin tinggi dan merangsang ekonomi Malaysia.

LAPORAN TERKINI BELANJAWAN 2012 DAN  INTIPATI LAPORAN(SINI)

Semalam PM membuat lawatan meninjau operasi terkahir persiapan Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan. Turut hadir bersama ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

PM berkata Belanjawan kali ini memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, tumpuan yang diberikan termasuk dasar baru untuk menangani kos sara hidup dalam keadaan yang sukar tetapi pada masa sama mengekalkan pendekatan fiskal yang bertanggungjawab dalam pengurusan ekonomi.

“Ini adalah belanjawan transformasi bagi semua rakyat Malaysia yang sebenarnya akan mengukuhkan kedudukan kita dalam hala tuju mencapai status negara maju sepenuhnya dan berpendapatan tinggi,”

Langkah Belanjawan yang bakal dibentangkan :

  • Semakan skim saraan, pembayaran bonus atau kenaikan elaun sara hidup (COLA) bagi kira-kira 1.3 juta kakitangan kerajaan.

  • Penurunan cukai pendapatan individu bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

  • Pengumuman menaikkan umur persaraan bagi kakitangan sektor swasta daripada 55 tahun sehingga kepada 64 tahun.

  • Pengurangan duti import ke atas produk makanan tertentu dan kemungkinan liberalisasi import makanan bagi menurunkan harga.

  • Kemungkinan pengenalan setem makanan dan baucar tunai atau kupon bagi pengangkutan awam dan utiliti bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

  • Peningkatan perbelanjaan infrastruktur dan memacukan pelaksanaan kontrak projek awam.

  • Insentif merancakkan sektor pertanian, perkhidmatan serta perusahaan kecil dan sederhana.

  • Pengumuman peraturan berhubung penetapan gaji minimum. Angka yang dicadangkan persatuan pekerja dan majikan adalah antara RM700 hingga RM1,500.

  • Liberalisasi seterusnya sektor perkhidmatan utama serta insentif tambahan untuk sektor ekonomi utama termasuk minyak dan gas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan profesional.

  • Penswastaan atau penyenaraian syarikat milik kerajaan di pasaran saham.

sumber : berita harian dan bernama

Cabaran Belanjawan kali ini dan mampukah kenaikan gaji kakitangan awam menangani kos sara hidup yang tinggi?

Penasihat ekonomi Mahani Zainal Abidin, yang juga anggota Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mempersoal sejauh mana kenaikan gaji signifikan bagi menangani masalah kos sara hidup yang semakain tinggi. Apa pulak akan berlaku kepada pekerja di sektor swasta yang juga menghadapi masalah gaji yang mendesak sekarang.

Petikan dari Malaysia kini:

Beliau juga melahirkan kebimbangannya sama ada kenaikan gaji untuk kakitangan awam adalah penyelesaian terbaik bagi menangani isu-isu ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia.

MTEN adalah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menasihatkannya mengenai dasar-dasar ekonomi. Mahani adalah juga ketua eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis), sebuah badan pemikir yang menyediakan perkhidmatan perundingan kepada kerajaan.

Gambar

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan) berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Negara bagi menyerahkan Laporan Belanjawan 2012 di Istana Negara sebelum pembentangan belanjawan di Parlimen petang ini

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan) berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Istana Negara bagi menyerahkan Laporan Belanjawan 2012 di Istana Negara sebelum pembentangan belanjawan di Parlimen petang ini.

Datuk Seri Najib Razak, memasukkan laporan Belanjawan 2012 ke dalam beg untuk dibentangkan di Dewan Rakyat esok sambil dibantu Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah, ketika melakukan tinjauan persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya malam tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Laporan Terkini Belanjawan 2012: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”

  1. nak kerja apa lah saya nanti ye, injak dekat 10 tahun untuk sektor swasta… dah lah kerja kerajaan susah nak dapat, esok kerja swasta pun susah..

  2. KEBODOHAN ORANG SWASTA says:

    INGAT TAK CERITA P.RAMLEE DALAM FILEM “NUJUM PAK BELALANG” KISAH LANUN YANG MEMBAHAGIKAN HARTA ROMPAKAN.” APA PASAL AKU PUNYA SIKIT KAU PUNYA BANYAK” ITU DAILOG YANG POPULAR.
    “APA PASAL ORANG KERJA SWASTA DAPAT SIKIT,ORANG KERJA KERAJAAN DAPAT BANYAK”.APA INGAT ORANG KERJA SWASTA BODOH SANGAT KE,ATAU MAKAN PASIR JE KE ? SESIAPA YANG KERJA SEKTOR SWASTA DAH TUNGGU 20 TAHUN PUN BELUM BOLEH LAWAN GAJI ORANG KERJA KERAJAAN. KALAU MACAM TU SURUH ORANG KERJA KERAJAAN JELAH YANG MENGUNDI PARTI BN, LAGIPUN PM NAJIB CAKAP 1.3JUTA ORANG KERJA KERAJAAN LEBIH RAMAI DARI 5.3JUTA PENCARUM KWSP IAITU ORANG KERJA SWASTA.ITU TAK TERMASUK ORANG KAMPUNG, PENGANGGUR DAN LAIN-LAIN SEKTOR YANG JUGA BOLEH DIKETOGORI ORANG SWASTA. MAKA RAMAILAH JELOUS DAN CEMBURU PADA ORANG KERAJAAN.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold