Lapangan Terbang Angkasa Lepas Pertama Dibuka Di New Mexico

Nak pergi melancong ke angkasa lepas? Bayar USD200,000 atau RM600,000 dan pelanggan akan dibawa terbang ke angkasa (atau luar atmosfera bumi) untuk mengelilingi orbit. Menarik ye? Kelmarin berlangsung pembukaan Lapangan terbang Angkasa lepas Spaceport America yang pertama dibina di New Mexico Amerika Syarikat, dimiliki oleh seorang bilionair Britain bernama Richard Branson.

 

 

 

 

 

 

 

Richard Branson

 

 

 

 

 

 

 

Siapa rasa  nak pergi, bayar deposit dulu untuk tempahan online di laman web Spaceport sebanyak RM60,000 atau USD 20,000. :).

Sebelum ni memang ada dah pelancong yang terbang ke angkasa cuma tak dibuat seperti Branson ni, terdahulu Agensi Angkasa Rusia menggunakan kapal angkasa Soyuz membawa jutawan dari California bernama Dennis Tito , dan beliau membayar sebanyak USD 20 juta untuk memenuhi impiannya ke angkasa lepas.

Mungkinkah  lama kelamaan nanti kos penerbangan ke angkasa lepas ini menjadi semakin murah dan ramai orang boleh naik kapal dan melancong macam makan angin saja?

Pembukaan:

Dalam majlis pembukaan itu jugak para pelawat dipamerkan rupa pesawat utama yang akan membawa pelancong mengelilingi orbit di angkasa lepas, pesawat itu ialah White Knight TWO.

Sekarang ini sudah ada 400,000 lebih sedang menanti giliran untuk naik pesawat itu dan pergi melancong ke angkasa lepas..fuhh!! kaya betul semua pelancong2 ni ye..

Syarikat penerbangan angkasa lepas milik Branson yang bernama Virgin Galatic akan memulakan penerbangan komersil angkasa lepas dari terminal di Spaceport ini.

Di Spaceport ini semua kapal angkasa lepas Virgin Galatic , pusat kawalan dan tempat persediaan bagi pelancong pelancong yang telah menempah tiket  ditempatkan sebelum memulakan penerbangan. Penerbangan pertama dijangka bermula akhir tahun 2012.

Penerbangan ke orbit dijangka memakan masa selama 2 jam setengah dan para penumpang akan menikmati pemandangan bumi dari dari orbit dan dalam keadaan terapung-apung macam yang dialami oleh para angkasawan.

Ok marilah kita menjamu mata melihat Spaceport America hab komersil kapal angkasa pertama

( nak pergi mahal sangat :) )

Lapangan terbang angkasa ini terletak di Gurun Sierra New Mexico

kapal dari syarikat Virgin Galatic

First look Spaceport America

Lapangan terbang ni bernilai  ialah USD 209 juta atau RM627juta.

White Knight Two terdiri daripada 2 enjin jet berkembar.

Kapal ni boleh melepasi ketinggian 50,000 kaki

Video dari aljazeera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Lapangan Terbang Angkasa Lepas Pertama Dibuka Di New Mexico”

  1. titan says:

    itu ke kapal terbang yang akan digunakan tu??
    titan recently posted..Penjual aiskrim yang kacak tetapi kejam.

  2. puanbee says:

    perghh baik beli rumah hehehe ..

  3. nurizspace says:

    ye memang kapal white knight two le yang akan membawa penumpang ke orbit leh tgk kat http://en.wikipedia.org/wiki/Scaled_Composites_White_Knight_Two

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold