Kucing Bermuka Dua Sudah 12 Tahun Hidup

Di Worcester, Mass Kucing bermuka dua ni namanya Farnk dan Louie, nama 2 sebab muka kucing ni ada 2 tapi badan kucing ni normal je. Sudah 12 tahun usia kucing istimewa ni. Dulu masa dilahirkan kucing tu hendak dimatikan oleh doktor haiwan kerana kecacatannya, tapi diambil dan dipelihara oleh seorang wanita bernama Marty Stevens.

Kucing ni memang istimewa dan ganjil kerana ada 3 biji mata, 2 hidung dan 2 mulut. Lagi hebat Frank dan Louie telah masuk dalam senarai Guinness World Records edisi 2012 sebagai kucing Janus yang paling lama hidup di dunia ini.

Walaupun kelihatan ganjil, Frank Dan Louie adalah seekor kucing yang mesra dengan sesiapa sahaja.

Petikan berita dari AP:

Pemilik asal Frank dan Louie membawa kucing itu untuk ‘dimatikan’ ke Cummings School of Veterinary Medicine di Universiti Tufts di mana Stevens berkerja 12 tahun lalu.

Merasa simpati, Stevens merayu kepada pemilik asalnya agar menyerahkan kucing itu kepada dirinya. Beberapa pakar haiwan menasihatkan Stevens ketika itu agar jangan terlalu mengharap kucing berkenaan akan hidup lama.

Kucing Janus hampir pasti tidak akan hidup lama dan kebanyakkan memiliki kecacatan kongenital termasuk lelangit rekah yang menyukarkan mereka untuk meminum susu yang menyebabkan mereka akan kebulur dan mati perlahan-lahan atau susu masuk ke peparu menyebabkan kucing jenis itu mengalami pneumonia.

Kucing Janus terhasil daripada kecacatan genetik.

Agaknya kucing ni makan guna mulut yang sebelah mana ye hehe..kalau dia penat buleh ganti ganti kot..Subhanallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Kucing Bermuka Dua Sudah 12 Tahun Hidup”

  1. keciannya dia…. tp dia semangat untuk hidup…

  2. yas says:

    Ni kucing satu dalam sejuta nih….
    yas recently posted..Tabiat merokok- Orang Utan pun tiru manusia

  3. ada dua nama ehhh.. kira kembar siam lah ni kan?

  4. akubiomed says:

    Salah satu keajaiban ciptaan Allah SWT

  5. Juan says:

    lama juga ya kucing ni hidup

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold