Komen Chef Wan Mengenai MasterChef Malaysia

MasterChef Malaysia sebuah rancangan realiti masakan buat julung julung kali ditayangkan di Malaysia dibuat dalam versi Malaysia setelah popular di beberapa buah negara sebelum ini. Kini sudah ada 24 peserta yang terpilih dari ramai ramai yang datang ujibakat.

Tak seperti rancangan realiti lain, apa yang saya suka sebab tak ada undian sms, para peserta diadili dengan  dengan merasa makanan, dan semua peserta diberi masa yang sama dan bahan yang sama. Juri juri dari chef yang pakar dalam bidang masing masing. Secara keseluruhan rancangan ni sangat menarik, kalau ada sikit cacat cela, tu tidak kisah le, sebab rancangan ni buat pertama kali diadakan di Malaysia. Nak memuaskan hati semua orang tu memang agak susah, normal la kalau ada yang suka atau tak suka, tu pilihan dan selera masing masing. Semua orang ada pendapat sendiri kan..

Komen Chef  Wan mengenai Masterchef Malaysia ni:

Dalam rancangan ni Chef  Wan sorang chef terkenal di Malaysia dan jugak sudah  mencipta nama di dunia dapat macam2 anugerah dan penghargaan, memang dia seorang Chef satu saja di Malaysia yang ada bakat menyerlah iaitu sambil jadi chef dia mampu mempersembahkan dan menarik hati penonton. Rasanya kalau Chef Wan ada dalam Masterchef Malaysia..kecoh jugak jadinya..tak boleh bayangkan macam mana.. :)

Chef  Wan sibuk dengan jadualnya yang padat jadi dia tak boleh nak sertai barisan juri Masterchef Malaysia (ramai yang mengharapkan Chef  Wan ada dalam program tu kan?) Pemilihan Chef Riz (anak kepada Chef Wan) yang masih muda tu , sedikit sebanyak boleh la menceriakan susasana yang agak tegang dalam dapur Masterchef  Malaysia tu..sebab chef2 lain serius aje.

Mari kita lihat komen Chef  Wan tentang program realiti ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Komen Chef Wan Mengenai MasterChef Malaysia”

  1. akubiomed says:

    Saya tidak menonton rancangan Master Chef dan tidak dapat hendak komen.

  2. APAN says:

    pedas mcm komen kawen geng barang kemas sebelom ni gak…ada gak tengok sikit2 rancangan iron chef ni.ok la…bab serius tu, mmg serius.tpi kalau nak ikut chef wan, aku pun x berpa pham mcm mana la yg dia maksudkan tu.nak melawak kat dapur ke?erm….bab2 drama tu mmg agak benci gak…kabo realiti
    APAN recently posted..Bangau Menelan Arnab Hidup-hidup

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold