Kesudahan Stanza Cinta (dari Novel)

Malam ni Irfan telah meninggal dunia di hari pernikahan dia dengan Amni, mesti peminat Stanza Cinta dan jugak lebih2 lagi peminat Irfan (Aaron Aziz) sedih giler kan..

Mesti semua nak Amni bersatu dengan Irfan tapi apa kan daya..huhu..Amni bersama Taufik, walaupun tak da chemistry dgn Taufik.
Walau sehebat mana kamu merancang utk hidup, tapi ingatlah hidup kamu telah dahulu dirancang oleh Allah..

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan.. Dia milikku, tercipta untukku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihani.. Seiringkanlah kami melayari kehidupan ini, ke tepian yang sejahtera dan abadi..

Novel tulisan Nurul Halawati ni memang banyak pengajaran dan memberi keinsafan kepada kita, memang bagus untuk dibaca.

Ada sikit berbeza dalam drama, diolah lain oleh pengarah, kalau siapa pernah membaca novel Stanza Cinta anda akan lebih menghayati watak perempuan solehah dalam Amni.

Cerita Stanza Cinta ( novel)

Tiga watak utama dalam Stanza Cinta, Amni, Taufiq dan Irfan. Amni seorang yang alim solehah dan begitu menjaga aurat dan batas batas sebagai wanita muslim. Amni bertemu dengan Taufiq dalam majlis ilmu dan dia jatuh hati pada Taufiq yang alim, pandai mengaji dan bijak dalam ilmu agama.

Dalam pada masa yg sama dia bertemu Irfan anak orang kaya yang masih mencari siapa diri dia sebenar. Irfan jatuh cinta pada Amni dan berusaha memikat hati Amni dan cuba menjadi insan yang baik.

Konflik bermula apabila hati Amni sudah dimiliki oleh Taufik (bertunang), tapi Taufik terpaksa memutuskan pertunangan sebab hal yang tak dapat dielakkan di kampungnya. Bapa Taufiq meninggal dunia, Taufik terpaksa memikul tanggungjawab yg berat dalam keluarganya.

Irfan kemudian masuk meminang Amni setelah Amni putus tunang. Irfan melayan Amni dengan baik dan sangat romantis( dalam novel) . Amni telah menerima Irfan setelah membuat solat istikarah dan jodohnya bersama Irfan.

Pertunangan amni dengan Irfan dijalankan dengan lancar. Sehari selepas bertunang irfan telah rebah dan disyaki menghidap penyakit SLE dan mempunyai jangka hayat hidup yang pendek.

Amni mencadangkan untuk bernikah dengan Irfan secepat mungkin supaya boleh menjaga Irfan yang sedang sakit. Malangnya Irfan tidak mahu kerana mahu menikah apabila benar2 sembuh. Akhirnya Irfan meninggal dan jodoh amni dengan irfan setakat bertunang.

Memang sedih dan saya berasa sebak seperti jugak dalam drama episod akhir Stanza Cinta malam ni kan..

Akhirnya Amni bertemu balik dengan Taufiq.mereka berkahwin dan mereka bercinta kerana Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Kesudahan Stanza Cinta (dari Novel)”

  1. [...] Drama Stanza Cinta akhirnya tamat pun hari ini. Stanza Cinta ni saya tak follow sangat, Stanza Cinta tak boleh lawan dengan drama Nora Elena lakonan Aaron Aziz juga suatu masa dulu. [...]

  2. Right now, it’s only shaping up to become a play for different countries, starting with broadway and west end, but hey, if people like it, you never know, it could turn into a movie…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold