Kerugian Akibat Banjir di Thailand Terus Meningkat

Banjir terburuk melanda Thailand dalam tempoh 50 tahun telah menyebabkan kerugian kepada negara Thailand dan ia dijangka akan terus meningkat. Kawasan kawasan industri di Thailand ditenggelami air dan kilang kilang terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara waktu.

Kilang Toyota mengumumkan pemberhentian pengeluaran sehinggan 22 Oktober ni dan syarikat Honda pula menghentikan operasi hingga 21 Oktober. Kerajaan menganggarkan kerugian industri hi -tech utama dalam lingkungan 190 million bhat. Kira-kira 143 lebih kawasan industri yang ditenggelami banjir yang menanggung kerugian sekitar 30 million bhat.

Banjir buruk juga menyebabkan 230 jalanraya dalam bandar tak berfungsi terutama di kawasan utara dan tengah Thailand. Nilai kerugian jalanraya dianggarkan sebanyak 5.4 million bhat.

Negara China antara negara pertama yang memberi bantuan kemanusiaan kepada negara Thailand. Jerman juga telah memberi bantuan dana kemanusiaan kepada Palang Merah Thailand sebanyak 40 ribu Euro.

Pemerintah gagal mengatasi banjir:

Banjir buruk ini jugak dianggarkan mengurangkan pertumbuhan ekonomi Thailand sebanyak 1.5 %. Para pengkritik menyatakan pihak pemerintah gagal mengambil langkah-langkah dalam menghadapi banjir. Banyak informasi dan ramalan yang tidak tepat dan tidak menentu yang membuatkan rakyat bertambah bingung.

Terdahulu pemerintah mengarahkan tentera membina benteng penghadang banjir di utara Bangkok, dan mengumumkan keadaan banjir akan bertambah baik, tetapi sebenar banjir semakin buruk dan hujan masih lagi turun.

Artikel berkaitan :

Gambar gambar kilang Honda, Canon, Nikon tenggelam di Thai

Gambar banjir di Thai -Oktober 2011

Mampukah Bangkok bertahan menghadapi banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold