Kabinet Bincang Cara Bayaran Khas RM500

Dalam pembentangan Bajet 2012 yang lalu, Perdana Menteri ada mengumumkan akan memberi bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Berikutan dengan itu, orang ramai tertanya-tanya tentang cara bayaran RM500 itu dan bagaimana dan disalurkan. Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, ia akan dibincangkan di kabinet minggu depan.

berita dari Bernama:

“Ramai orang telah bertanya cara untuk memohonnya. Apa definisinya dan cara untuk mengira pendapatan mereka,” katanya yang juga Presiden Gerakan kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Majlis Ahli Seumur Hidup parti itu di sini Sabtu.

Koh berkata beberapa agensi berkaitan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dijemput untuk menyertai mesyuarat Kabinet itu.

“Kita perlu menyemak semula data terutama untuk pekerja, apa gajinya, jadi jelas kita perlu berdasarkan beberapa prinsip.

“Kita memberi bayaran one-off ini untuk meringankan beban dari kenaikan kos, tetapi ia mesti untuk mereka yang memerlukannya,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kabinet Bincang Cara Bayaran Khas RM500”

  1. akubiomed says:

    Susah juga tidak ada mekanisma untuk mengagihkan bantuan. Perlu dipastikan golongan yang layak sahaja mendapat RM500

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold