Greyson Chance Buat Persembahan dengan Najwa Latif di AIM 18

Penyanyi you tube Greyson Chance menjadi popular di topik perbincangan hangat di  twitter terutama laman pengguna Twitter Malaysia. Greyson penyanyi remaja berusia 14 tahun sebenarnya sudah popular di you Tube dan video nya dilihat sebanyak 43 juta kali. Greyson bakal membuat persembahan bersama Najwa Latif di AIM ke 18 yang akan diadakan pada 18 November 2011.

Kenapa dengan Najwa Latif? Greyson seperti juga remaja Najwa Latif, mereka ada banyak persamaan, terkenal di you tube, pandai bermain muzik dan ada bakat menyanyi. Greyson pandai bermain piano manakala Najwa Latif pula berbakat bermain gitar. Mereka menjadikan you tube sebagai medan untuk memperkembangkan bakat dan dari situ mereka dikenali oleh peminat muzik.

cerita tentang Greyson

Greyson yang menjadikan Lady Gaga sebagai idolanya telah membawakan lagu penyanyi kesayangannya itu iaitu Paparazzi. Setakat ini, video itu sudah ditonton lebih 43 juta kali oleh pengguna YouTube sejak dimuatnaik pada 28 April 2010.

Setelah dua minggu video itu dimuatnaik ke laman YouTube, ia hanya ditonton kurang 10,000 kali. Namun setelah video tersebut disiarkan dalam program bual bicara popular kendalian Ellen DeGeneres pada Mei 2010, nama Greyson Chance mula menarik perhatian ramai.

Greyson turut diberikan peluang untuk membuat persembahan khas di dalam program tersebut. Tidak tamat di situ saja, Greyson turut ditawarkan untuk menjadi artis rakaman pertama eleveneleven, label milik Ellen DeGeneres.

Video Greyson yang mencetuskan fenomena itu turut dipromosikan oleh Ryan Seacrest, TVGuide, The Huffington Post, Yahoo! Music dan akaun Twitter milik Ashton Kutcher.

Sehingga kini, Greyson merupakan pemuzik ke 28 menerima langganan saluran muzik di YouTube dengan lebih 286,000 pelanggan.

Dua lagu ciptaannya, “Star” dan “Broken Hearts” turut meraih tontonan yang tinggi dengan lebih 12 juta tontonan di saluran YouTube.

Melancarkan single sulungnya yang bertajuk “Waiting Outside the Lines” pada Oktober 2010, album penuh sulung Greyson yang berjudul “Hold On ‘till the Night pula dilancarkan pada 2 Ogos lalu.

Artis lain yang terlibat sebagai penyampai anugerah pula ialah Dato’ M. Nasir, Search, Nora, Ziana Zain, Fauziah Latiff, Zainal Abidin, Remy Ishak, Neelofa, Tony Eusoff, Sarimah, Ramlah Ram, Syamsul Yusof dan ramai lagi. Selain itu, Dato’ Ramli MS pula akan bertindak selaku Pengarah Muzik pada malam itu.

Siaran Langsung AIM 18, jam 9.00malam, eksklusif di Astro Ria (Saluran 104). Pengacara AIM ke 18 ialah AC Mizal dan Zizan Raja Lawak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Greyson Chance Buat Persembahan dengan Najwa Latif di AIM 18”

  1. akubiomed says:

    Greyson Chance tidak ada originality kerana suara menyerupai Lady Gaga

  2. yas says:

    Pehhh…betoi ke? lagi malatop la nama Najwa latiff….pas tu video tu upload kt yt lak….Terbaikkk….hehehe
    yas recently posted..Gambar Grafiti yang menarik…

  3. penyanyi muda usia 18 tahun sudah mendapat ketenaran besar dalam hidupnya .. Para penonton dari lagu-lagunya adalah meningkatkan hari ke hari ..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold