(Gambar)Budak Berkaki Empat Selamat Jalani Pembedahan

Budak berkaki empat di India, Deepak Kumar Paswaan berumur 7 tahun, selamat menjalani pembedahan dan dia kini gembira dan berani tanpa malu lagi menunjukkan dada yang normal seperti orang lain. Deepak seronok keluar bermain main dengan rakan rakannya yg lain.

Pembedahan membuang kaki yang tumbuh berlebihan di bahagian dada memakan masa selama 4 jam di Hospital Fortis Bangalore, India. Kos pembedahan itu ialah 50,000 poundsterling. Pemyembuhan bekas bedah di dada Deepak mengambil masa setahun untuk pulih seperti biasa.

Sebelum ini, tubuh saudara kembar Deepak tumbuh di bahagian dada tapi hanya menampakkan 2 bahagian kaki saja. Jadi 2 kaki itu milik saudara kembar Deepak, dan Deepak disebut budak berkaki empat. Pembedahan membuang kaki itu dijalankan pada Jun 2010.

Deepak ternyata gembira dan mengatakan dia mampu berlari pantas dari rakan rakan lain dan bermain bola. Dulunya dia tak mampu nak berlari kerana terganggu dengan kaki di dadanya.

Sungguh ajaib ye, lihat gambar ini

sumber : Daily Mail

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “(Gambar)Budak Berkaki Empat Selamat Jalani Pembedahan”

  1. akubiomed says:

    Kaki yang tumbuh ini boleh dikira parasit boleh menganggu tumbesaran badan induk

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold