Gambar Persandingan Yasmin Hani dan Shahrin Blackrose

Majlis persandingan pelakon Yasmin Hani 32, dan Shahrin, 40-an diadakan semalam juga sejurus selepas selesai majlis akad nikah di Dutchess Duchess Place Jalan Ampang.

Majlis persandingan mereka berkonsepkan taman inggeris kotemporari dengan menggunakan bunga putih digabungkan dengan bunga warna unggu dan merah jambu dihiasai lampu chandelier, suasana kelihatan klasik. Pengantin berpakaian warna putih sedondon rekaan perka terkenal Hatta Dolmat.

Kata Yasmin, walaupun jodohnya sedikit lewat, dia bersyukur kerana diberi seorang suami yang sangat memahami dirinya.

“Dia seorang yang sangat positifdan pandai memujuk. Lebih penting sekali dia seorang yang sangat mementingkan keluarga dan ciri-ciri itu yang saya inginkan untuk seorang suami.

“Alhamdulillah, kami juga bersyukur kerana segala perancangan (perkahwinan) dijalankan dengan lancar,” katanya.

Sha’arin pula mengharapkan agar segala rintangan dan dugaan rumahtangga yang dibina dengan Yasmin dapat diharungi bersama.

“Kami mengharapkan yang terbaik dalam perkahwinan ini,moga ia berkekalan,” ujarnya ringkas.

Dengan kehadiran seramai 350 orang tetamu yang terdiri daripada saudara mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin, acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum upacara merenjis dan menepung tawar mempelai menyusul.

Sepanjang majlis berlangsung, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan rakan karib mempelai, Atilia, Salamiah Hassan, Amir Jahari dan Lokman.

Selain itu, antara teman selebriti yang hadir ialah Dynas, Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Ezlynn, Farid Kamil, Jojo Struys, Diana Danielle dan Diana Rafar.


Lihat gambar hantaran perkahwinan Yasmin

Lihat gambar majlis akad nikah Yasmin Hani

Gambar Persandingan Yasmin dan Shahrin

dari ohbulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold