Gambar Perkahwinan Nabil dan Nazira + Video

Tahniah Nabil Raja Lawak sudah selamat mendirikan rumahtangga dengan Nazira Ayub, 23, bekas peramugari Air Asia. Nabil dengan 2 kali lafaz selamat diijabkabulkan di Masjid Tungku Mizan Putrajaya lepas solat Asar. kira kira jam 5.15 petang Jumaat, 30hb September 2011.  Majlis akad nikah Nabil dan Nazira dihadiri oleh tetamu dan keluarga kedua dua belah pihak.

Gambar Persandingan Nabil da Nazira ( MAJLIS resepsi di I city Shah Alam)

Gambar MALAM Berinai Nazira Ayub dan Nabil

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.

Nabil mengaku dia berasa gugup dan gementar hingga terpaksa melafazkan akad nikah sebanyak 2 kali.

“Saya rasa berdebar semasa upacara akad nikah. Namun sekarang saya rasa gembira sangat kerana alhamdulillah, akhirnya saya dapat mendirikan masjid,”

Komen Nabil lepas selesai akad nikah

“Kami memang dah kenal lama kerana dia kawan kepada adik ipar saya. Tak sangka akhirnya saya kahwin juga dengan dia sebab dulu dia menyampah kat saya. Maklumlah, dulu dia kenal saya masa saya masih jadi mat dispatch lagi,”

“Yang boleh buat kami rapat adalah kerana dia juga boleh bawa motor besar. Selain itu, dia juga boleh masuk dalam kehidupan dan cara saya,”

“Kami dah kenal lama, kira-kira enam tahun yang lalu. Walaubagaimanapun, tahun ini baru kami mula rapat. Saya suka dengan sifat dia yang kelakar dan suka mengambil berat. Saya juga boleh terima dan tak ada masalah dengan cara dia. Dia bukan selalu buat kelakar kerana bila dia serius, dia akan serius. Selepas dua, tiga kali keluar dan dah kenal hati budi masing-masing, akhirnya kami membuat keputusan untuk kahwin.”

Nazira suka Nabil yang kelakar

“Ada satu masa itu, kami naik motor sama-sama dan dia buat aksi ‘willy’,”

Akad nikah Nabil

Sesuai dengan Nabil sebagai seorang pelawak, jurunikah Nabil, Ustaz Mohd Redza bin Ahmad juga gemar membuat lawak sepanjang upacara akad nikah itu berlangsung.

Jurunikah Nabil sempat membuat lawak tentang nama bapanya dengan Nabil yang sama iaitu Ahmad. Ustaz berusia 23 tahun itu juga sempat mengusik Nabil kononnya mungkin mereka bersaudara kerana beliau juga berasal dari Negeri Sembilan.

Upacara akad nikah Nabil dipenuhi dengan gelak ketawa ekoran jurunikahnya tidak henti mengusik pengantin.

Gambar Hantaran  Nabil dan mas kahwin

Pelamin dan hantaran pengantin digubah cantik oleh Persada Embun.

Nabil dan Zira nampak segak dan ayu mengenakan busana berona putih rekaan Wazira Zainal.

Nazira dan jac

Penyanyi Jaclyn Victor yang hadir sebagai pengapit perempuan anggun mengenakan busana berwarna merah.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-duapasangan pengantin.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilan hantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.

Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.

Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.

Menyentuh mengenai soal berbulan madu dan perancangan anak, pasangan yang anggun mengenakan busana berwarna putih ini berkongsi, buat masa ini mereka masih belum merancang apa-apa lagi mengenai soal cahaya mata kerana ingin menumpukan terlebih dahulu kepada kehidupan sebagai suami isteri.

“Buat masa ini belum lagi rasanya. Bagi kami, tahun pertama biarlah untuk kami berdua dahulu. Mungkin tahun kedua baru kami akan rancang mengenai anak. Kalau boleh kami nak tiga orang anak,”

Nazirah Ayub

cantiknya isteri Nabil

Ayunya Nazirah

Lagi video Video Perkahwinan Nabil dan Nazira serta malam berinai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Perkahwinan Nabil dan Nazira + Video”

  1. kopipanas says:

    Gambar Fida kantoi nampak rambut, dan gambar fida pakai topi bersama Mamat

    http://kopipanas2u.blogspot.com/2011/10/fida-dengan-gaya-ala-ala-serkuptopi.html

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold