Gambar Mykad Baru 2012

Mulai tahun depan iaitu Januari 2012 , Jabatan Pendaftaran Negara akan mengeluarkan My Kad baru yang diberi ciri ciri keselamatn serta dipertingkatkan tahap kualitinya. My Kad baru ni dibuat dari material yang tahan lasak dan mengaplikasikan turisan laser.

Jadi kepada pemegang My Kad lama boleh le bertukar ke My Kad baru mulai tahun depan. Selamat berkunjung ke Jabatan Pendaftaran Negara lagi :). Bagi pemohon baru , mereka akan diberikan My Kad baru.

Petikan berita dari Bernama:

My Kad 2012

Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

“MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.

MyKad baru itu diperbuat daripada bahan “polycarbonate” yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. MyKad baru itu juga menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di Sirim dan makmal semi-konduktor yang diiktiraf.

“Dengan pengeluaran MyKad baru ini juga, ia akan dapat memudahkan lagi urusan harian orang ramai yang menggunakan MyKad,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said.

Beliau berkata pemohon baru akan diberikan MyKad baru mulai tahun depan, manakala pemegang MyKad lama boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru.

Beliau berkata usaha pengeluaran MyKad oleh JPN dilakukan secara telus menerusi tender terbuka bagi mendapatkan yang terbaik dengan kos yang paling kompetitif.

Pengeluaran MyKad baru itu merupakan usaha berterusan JPN untuk memperbaiki perkhidmatannya, selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri, katanya.

Hishammuddin berkata JPN juga akan meneruskan program ‘Outreach’ menggunakan unit-unit bergeraknya untuk mengesan rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki MyKad terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.

Beliau berkata sejumlah RM7.5 juta diperuntukkan untuk unit-unit bergerak itu.

Mengenai pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang, beliau berkata JPN Kluang merupakan pejabat JPN ketiga selepas Kuching dan Melaka yang menyediakan perkhidmatan itu.

Hanya pejabat JPN yang memiliki keupayaan sistem hubungan terus dengan ibu pejabat dengan ciri-ciri keselamatan akan dipertimbangkan untuk menawarkan perkhidmatan itu, katanya.

“Kita tidak akan terburu-buru untuk memperluaskan perkhidmatan itu di semua pejabat cawangan JPN seluruh negara,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Mykad Baru 2012”

  1. kopipanas says:

    diharapkan mykad ni tak boleh mudah dipalsukan oleh pendatang asing atau dijual dgn mudah utk mereka jadi warga negara

    GAMBAR PANAS Sharifah Sakinah adik sharifah Shahira bersosial
    http://kopipanas2u.blogspot.com/2011/10/gambar-panas-sharifah-sakinah-adik.html

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold