Gambar Majlis Kahwin Yasmin Hani dan Shahrin Blackrose

Dengan sekali lafaz, pelakon Yasmin Hani Richardson,32, sah bergelar isteri kepada bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha’arin Mohammed Razali,40-an, dalam satu majlis yang diadakan di Duchess Place Jalan Ampang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Abdullah Hashim kira-kira pukul 3.45 petang dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran RM32,000. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Yasmin Hani 32, mula rapat dengan Shahrin sekitar tahun 2009, akhirnya selamat diakadnikahkan pada hari ini 21 hb Oktober 2011.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Qamilla manakala wajah Yasmin disolekkan oleh teman rapatnya, Tengku Putra Iskandar Tengku Othman. Pelamin kedua-dua mempelai ditaja oleh Mohd Ali.

Sementara itu, majlis resepsi akan berlangsung pada malam Jumaat (malam ini) di lokasi yang sama.

Sha’arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya.

Sha’arin juga pernah bernikah dengan pelakon Ida Nerina untuk perkahwinan keduanya tetapi tidak bertahan lama.

GAMBAR Hantaran Yasmin dan Shahrin

Gambar gambar perkahwinan Yasmin Hani dan Shahrin Blackrose

Akad nikah Yasmin Hani

Teaser Yasmin Hani dan Shahrin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold