(Gambar) Jemaah Haji Malaysia Maut Jatuh Bangunan Hotel Tingkat 9

Lembaga Urusan Tabung Haji sedang bekerjasama dengan pihak Arab Saudi bagi menyiasat kes seorang jemaah haji wanita dari Malaysia yang maut jatuh bangunan hotel di Madinah pada Sabtu lepas. Jemaah wanita yang bernama Rohani Mohammad Kassim berusia 39 tahun dilaporkan jatuh dari tingkat 9 Hotel Al Haram Madinah. Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi’ berdekatan Masjid Nabawi. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala kira-kira jam empat petang waktu tempatan.

Allahyarham pergi untuk mengerjakan Haji bersama suaminya Mohd Nasir Abdullah, 54 tahun melalui pakej diuruskan Lembaga Tabung Haji. Mangsa berasal dari Selangor dan dikatakan tinggal sendirian di blik hotel semasa kejadian.

Seorang saksi bernama Mohd Faizal, nampak mangsa jatuh dari tingkat 9 ketika dia dalam perjalanan hendak pergi solat Asar di Masjid Nabawi.


Petugas Tabung Haji dan guru-guru agama sedang memberi kaunseling serta bimbingan dan sokongan kepada suami wanita itu, dan juga tiga rakan sebilik wanita berkenaan.

Kejadian berlaku semasa jemaah wanita itu tinggal berseorangan ketika tiga teman sebiliknya sedang mengerjakan solat Asar di Masjid.

Suami mangsa tetap akan mengerjakan haji

Insiden itu tidak menjejaskan operasi haji jemaah dari Malaysia, dan menurutnya beliau difahamkan suami wanita itu akan meneruskan ibadah hajinya.

Arwah tiba di Madinah pada 3 Oktober dan akan berlepas ke Mekah pada 11 Oktober. Kerajaan sedang menunggu hasil siasatan bagi mengenal pasti apa punca jemaah wanita itu jatuh dari tingkat 9 hotel AL Haram itu.

Gambar Hotel Al Haram

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “(Gambar) Jemaah Haji Malaysia Maut Jatuh Bangunan Hotel Tingkat 9”

  1. Juan says:

    takziah pd keluarga mangsa

  2. far_east says:

    al fatihah buat arwah…semoga ditempatkan di kalangan yang beriman

  3. yas says:

    Takdir yang menentukan segalanya…Al Fatihah buat keluarga mangsa.
    yas recently posted..Tempat terbaik nak berehat- Ada berani?

  4. APAN says:

    ada dpt email pasal ni tadi…terkejut gak sebab kes mcm ni jarang terjadi.biasa dengar jatuh bangunan sprm je.dikebumikan kat sana ye…bertuah kpd allayarham…
    APAN recently posted..Apa Perasaan Korang?

  5. akubiomed says:

    Al Fatihah dan takziah kepada keluarga arwah :-(

  6. zik says:

    Alfatihah.. takziah diucapkan… pasal punca tuh no comment… ketentuan dari Allah.
    zik recently posted..Tips mengurangkan berat badan.

  7. mawar says:

    Takziah buat keluarga. Bertuah arwah di kebumikan diBaqi’. Thn lepas saya juga kena musibah dihotel ini.Dugaan masing masing.

  8. titan says:

    camana la boleh jatuh nih..

  9. al-fatihah…mudah-mudahan ahli keluarga arwah dpt redha dgn ketentuanNya

  10. Abd Majid Bin Wahab says:

    al-fatihah……semoganya roh nya dikalangan insan yang beriman dan terima lah nya dengan redha, setiap yang hidup pasti mati.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold