Gambar gambar kilang dan premis yang dilanda banjir di Thailand

Thailand lumpuh kerana banjir terburuk yang melanda sejak hujan lebat berterusan yang turun dalam masa 3 bulan ni. Banyak kilang kilang perusahaan kerugian akibat banjir.

Honda Motor Co dan Canon Inc menghentikan operasi di Thailand sementara yang mempunyai hab pengeluaran di negara itu termasuk kilang Nikon Corp, Toyota Motor Corp, Pioneer Corp dan Sony Corp mengalami kerosakan.

Honda tak akan tinggalkan Thailand

Honda telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka tidak akan memindahkan pangkalan pengeluaran di Thailand ke tempat lain walaupun kerugian besar akibat  banjir yang telah memaksa pihaknya  menggantung sementara pengeluaran. Jumlah kerosakan yg dihadapi boleh mencecah berbilion-billion baht, tapi terlalu awal untuk menilai buat masa ini.

“Honda telah bertapak di  Thailand selama 47 tahun, dan pihaknya sudah lama dihargai dan diberi kepentingan serta  sokongan dari tenaga  kerja rakyat  Thai,” kata Hiroshi Kobayashi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asia yang berpangkalan di Bangkok Honda Motor Co.

Pengeluaran kenderaan dijangka merosot, kebiasaannya kira-kira 170,000 unit sebulan. Menjelang akhir bulan ini, paras terkumpul melebihi 50,000 unit dan mungkin mencecah 80,000.

Syarikat seperti Toyota, Isuzu dan Mitsubishi menghentikan pengeluaran sehingga 14 Oktober.

AutoAlliance Thailand yang membuat kenderaan untuk Mazda dan Ford kini beroperasi syif separuh, manakala Honda perlu beberapa bulan untuk kembali kepada pengeluaran normal.

Kebanyakan pembekal komponen terletak di Rojana Industrial Park, 70 kilometer dari Bangkok. Taman industri dan prasarana lain pula ditenggelami air apabila tambak runtuh minggu lalu.

Nikon Corp berkata, ia menutup kawasan pengeluaran kamera berikutan banjir pada 6 Oktober.

Pada Khamis, banjir mencecah sempadan di Hi-Tech Industrial Estate, satu daripada dua kawasan perindustrian di Ayutthaya yang ditutup sehari lebih awal sebagai langkah keselamatan.

Di kawasan berhampiran Phatum Thani juga terjejas teruk dan lebih 270 kilang di Nava Nakorn Industrial Zone masil beroperasi secara normal. Kira-kira 50-60 peratus adalah pengeluar elektronik.

– REUTERS

Gambar Kilang Honda dilanda banjir:

Gambar gambar premis dan kilang kilang yang dilanda banjir di Thai:

Kilang Nikon

Video cnn 18 Oktober 2011

Video 21 Okt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar gambar kilang dan premis yang dilanda banjir di Thailand”

  1. [...] Gambar kilang kilang industri besar di Thailand tenggelam [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold