Gambar Gambar Banjir di Thailand Oktober 2011

Thailand selalu mengalami banjir yang teruk sejak berpuluh puluh tahun lalu. Sejak Julai dalam tahun ni saja lebih kurang 280 orang terkorban akibat banjir buruk yang melanda Thailand. Ramai penduduk terkena banjir yang dianggap terburuk sejak 50 tahun terkahir, kawasan yang selalu dilanda banjir ialah kawasan tengah, utara dan timur lautĀ  Thailand.

Pada hari Sabtu iaitu 8hb 10, pemerintah Thailand masih mengatakan yang Ayutthaya, sebuah bandar bersejarah yang terletak 90km dari Bangkok tak akan dilanda banjir, namun ramalan beliau silap. Hujan lebat yang turun melanda wilayah utara dan tengah telah menyebabkan air Sungai Chao Phraya yang mengelilingi Ayuttha akhirnya melimpah.
Gambar gambar bencana banjir di Thailand.

Orang ramai sedang berkumpul di pinggir jalan melihatĀ  banjir meliputi lebuh raya di Ayutthaya wilayah – Oktober 13, 2011.

Lagi GAMBAR GAMBAR kilang Nikon, Honda , canon dan premis premis tenggelam

Kerugiaan dan ekonomi Thai lumpuh akibat banjir buruk

Sekumpulan lelaki menolak motosikal melalui arus banjir yang melanda wilayah Pathum Thani pada 14 Oktober 2011, utara Bangkok,

Pathum Thani

Gambar dari udara, menunjukkan kereta yang tenggelam dalam air bah di sebuah kilang kereta Honda Ayutthaya, utara Bangkok ,pada 11 Oktober, 2011. Banjir besar telah menyebabkan 500 orang terkorban di seluruh Thailand, Kemboja dan Vietnam

Nonthaburi

Pandangan dari udara sebuah kuil banjir di Wat Chaiwatthanaram, di Ayutthaya, 80 km (50 batu) ke utara Bangkok - 12 Oktober

Pihak Thai minta bantuan dari Amerika, tanggani banjir.

Petikan dari bernama

Thailand telah meminta bantuan Amerika Syarikat dalam menangani bencana banjir di negara tersebut.

Menteri Luar Dr Surapong Tovichakchaikul hari ini berkata Bangkok telah meminta Washington untuk menghantar Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA).

“Pengalaman FEMA dalam menangani bencana beserta kepakarannya dalam teknologi boleh membantu respons kami kepada situasi banjir sekarang,” katanya.

Menteri Kehakiman, Jen Pracha Promnok yang juga Pengarah Operasi Bantuan Banjir berkata kerajaan Belanda turut menghantar para pakarnya.

Mengenai keadaan banjir di Bangkok, Pracha berkata aliran banjir dari wilayah utara dan tengah dijangka sampai di ibu negara ini esok namun pihak berkuasa yakin bandar raya ini akan selamat ekoran keadaan banjir adalah terkawal.

Katanya para air dari sungai Chao Phraya adalah antara 2.3 dan 2.4 meter, lebih rendah daripada tembok banjir setinggi 2.5 meter.

“Oleh itu Bangkok adalah selamat,” katanya.

Pracha berkata situasi banjir di Bangkok kini stabil walaupun ia menghadapi air banjir, hujan dan air laut pasang antara hari ini hingga Ahad.

Tiada kawasan baru yang dilanda banjir selain sebahagian timur Bangkok di daerah Ladkrabang, Sai Mai, Jarakhea Yai, Nongjok, Minburi dan Pravate.

Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi yang terletak di timur Bangkok masih selamat.

dari reuters

Aljazeera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Gambar Gambar Banjir di Thailand Oktober 2011”

  1. yas says:

    Kerugian besar kali ni puak2 siam nih…jgn nti banjir ni turun ke semenanjug lak dah arrr…besa2nya cam tu kan??
    yas recently posted..China Rambo

  2. pocong says:

    smoga perlis & kedah trselamat drpd banjir di thailand,

  3. akubiomed says:

    Memang teruk banjir melanda negara Gajah Putih. Pelabur terutama dari Jepun terkilan kerana mereka tidak disalurkan maklumat tempat untuk menyelamat kilang-kilang mereka di Thailand.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold