Gaji Kakitangan Awam Naik 40 Peratus Bajet 2012

Kerajaan bakal memperkenalkan sistem saraan baru bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau (SSM), antara lain memberi berita gembira buat kakitangan awam dengan kenaikan gaji dijangka sehingga 40 % (peratus). Sistem saraan baru yang namanya masih dirahsiakan bakal dibentangkan dalan Bajet / Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ramai melihat Bajet kali ni iala Bajet untuk pilihanraya umum 13, demi memenangi hati rakyat.

Bila sistem baru itu akan diadakan?

19 perkara dalam INTIPATI SBPA kemaskini Desember 2011

TERKINI laporan  INTIPATI BAJET 2012 (sila baca sini)

SISTEM Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)sila baca sini) kenaikan gaji RM 80 – 320

 

Mampukah kenaikan gaji mengatasi KOS SARA HIDUP yang  semakin tinggi

Kerajaan akan melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).

petikan berita

Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.

Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.

“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam … kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.

The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.

Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

sumber TheMalaysianInsider

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

24 Responses to “Gaji Kakitangan Awam Naik 40 Peratus Bajet 2012”

  1. org swasta says:

    xker 40% tu terlampau tinggi selepas kenaikan 35%
    apa yg merisaukan pembekal dan pemborong keperluanan harian
    akan mengambil kesempatan keatas situasi ni…

    kesian rakyat yg tersepit…

    • abubakar says:

      betul…apa yang penting ialah kerajaan dapat mengawal harga barangan seperti yang dinyatakan oleh Datuk Salleh Majid…bukannya gaji naik 5 tahun sekali tetapi barang tiap-tiap tahun naik.

  2. Kucing Kurap says:

    Tak pa la..kalau dah naik begitu banyak gaji kakitangan kerajaan ni….sebab yang rasa kenaikan harga barangan pun bukannya kakitangan kerajaan…..apa salahnya kerajaan bagi jer kenaikan gaji hingga 100% lagi best….sebab jumlah pekerja awam nih sangat ramai owh…boleh kasi menang kerajaan dalam PRU 13 nanti..caya la sama gua..hehehe

  3. kuku kaki says:

    mmg biasa pembekal dan penjual akan menaikkan harga brg setiap kali berlaku kenaikan gaji.disini pun kerajaan kena jgk memainkan peranan dgn mengawal merka yg terbabit tu dari mengambil kesempatan…

  4. PenorehGetah says:

    gaji kakitangan kejaan naik sebabkan harga barang naik???
    tapi… dr dulu dan memang kita tau bukan sebab gaji kejaan naik jee harga barang naik… setiap hari harga barang naik… kalau tap percaya pergi pasar sekali seminggu… tanya harga ikan kembong sah ada naik.. dulu lima ringgit sekilo… tup2 skrg dah sepuluh ringgit.. pembekal ambik kesempatan naikan perlahan. dr tahun 2007 – 2011.. kenaikan gaji kejaan sebab kenaikan harga barang ker? kekadang sian pulak aku kat kakitangan kejaan. ari minggu wat part time…siap noreh getah aku tuu. dia cakap tak cukup. gaji kat dua ribu pun tak cukup… kalau congak2 sah tak cukup… rumah sewa 350(murah gile kat area kl) anak 3 sekolah kete buruk(proton saga antik sah tentu ada mentainance,cukai jalan dan sbg)makan lagi.. perjalanan lagi…dah tentu tak cukup..patut le kakak aku keje kajaan tu cam susah jerr bila tanya bab duit tunai… biar aku senang… jiwa tarak kacau noreh getah pusaka sehari dpt 100kg X rm5.50 X 20hari= rm10,000 kalah gaji pengarah tempat keje kakak aku hik3

    • abubakar says:

      boleh caya ke kau noreh sampai 100kg sehari?

      • penorah berjaya says:

        yea la..berbudi kepada tanah..hhahaha… 2-3 ketul dah sekilo…mcm aku kalau dah 10 relung…. 1 relung dah 150 pokok…haha..1500 pokok…dah dpt 500 kilo… r35 pun dah booking

    • hero says:

      peniaga memang samseng la. suka-suka hati je naikkan harga barang.kalau tak menjadi je,sorokkan barang.apala! asal bajet dibentangkan je,lepastu mesti naikkan harga barang.bukan gaji kakitangan awam yang menyebabkan harga barang naik tapi asal lepas belanjawan je memang macamtu! bila tanya,kata pemborong naikkan harga la,kos meningkat la.tak logik.haritu kata sebab harga minyak naik.belanjawan tahun ni harga minyak tak naik pun tapi dia naikkan harga juga.tepung,gula,beras semua bersubsidi tapi dia kata harga naik juga.macamane tu.bersyukurla wahai peniaga…sudah-sudah la tu nak tamak.orang tamak selalu rugi…….

  5. yakin sekurang2nya 30% itu tetap. Klau tak percaya tengok tv jumaat ni………

  6. mastersifu says:

    Saya betul2 bersetuju dengan kenaikan gaji kakitangan awam…harga barang yang naik bukan dari kakitangan kerajaan saja…cuba kita lihat gaji pihak swasta…memang cukup besar dan bonus sampai 6 bulan bonus gaji. Bagi pihak pekerja sendiri…penoreh getah, sayur, pekebun sawit kecil income pun jauh mengalahkan kakitangan awam…penoreh getah satu hari boleh dapat rm150-200, kelapa sawit ( 1 tan dapat rm 600++)…kakitangan awam dapt rm 500 macam dapat rm 5000…gembira…kasihanilah kakitangan kerajaan…naikkan gaji semua mereka…

  7. LURI- KSM says:

    aku memang setuju sangat2…. kalau nak naik 100% pun masih relevan.

    tengoklah sekarang, orang yang dapat keje gomen ni (termasuk aku) mesti susah nak keje kat negeri sendiri ( federal terutamanya )- harap pencen2 nak habis umur nanti baru leh kot… lagi teruk kalau kena transfer sabah sarawak bg yang semenanjung, dan bagi sabah sarawak lak, kena datang ke semenanjung. tapi itu tak pe lagi, ader elaun penyedap hati. kalau yang negeri kedah@perlis@penang kene gi transfer keje kat johor@melaka@pahang aper citer. takkan yang ni kerajaan tak kira kot. itu yang aku pelik tu.. sekarang semua orang pakai keta. duit nak balik kampung sajak dah mencecah beratusan ringgit, kalau dah bekeluarhga dan beranak pinak lagilah….ribuan jugala.. itu yang setahun 2x jak balik kampung tu…isk..isk..

    plss…plss…plsss.. gomen of da malisia… pls give us, the what we have given to the country…..(right now don’t says anymore about what we have given to the country, its to much for us to translate)…hope the budget coming soon will change everythin’ in the cloudy days to the shining days..forever..n ever…

    ##Luri’s, Kem. Sumb. Manusia

  8. Nizam says:

    Kalau betul ada kenaikan 40 peratus…saya ucapkan terima kasih pd Dato’ seri Najib…well done!!, tp kalau boleh semua dapat 40%…DAN YANG PALING PENTING MINTA DATO SERI PANTAU KENAIKAN HARGA BARANG…

  9. mamat sederhana says:

    yang dpt 40% tu orang bawah dulu dia gak dapat 35% kami orang tengah dulu dapt 0%. alih-alih gaji orang baweah dan orang tengah same je mana aci. baik tak yah belajar tingi-tingi… teruk-teruk…kerja sampaie nak pecah kepala dan bawak balik rumah. harap kerajaan prihatin dengan orang tengah. kasihan kami. kami pun nak makan juga. anak ramai juga. kami bayar tol jugak. kami makan nasi jugak.

    • eja says:

      saya stuju g tuan mamat,yg kerja dgn pnuh tgjwb,.wlu sya org bawah dr tuan,sya sokong prinsip tuan,.sepatutnya biarla adil dan relevan sape yg naik gaji,.kan lg bagus kalau org yg dinaikkan gaji atas dasar potensi kerja..kadang2 yg bawah nii la yg kendong kerja org atas..sian dia,.kerja banyak tapii gajii? sy yakin dgn cara ni ada byk mnfaatnya… ada dinilaikan potensi pekerja yg skrg nii..tapi,.xde rasional,x telus,dan kdg2 brlaku zalim..biarla betol2 dinilaikan… seadanya pendapat sya jer la..

  10. messi klate says:

    …naik la brape % pun..klu kos sara hidup dll juga naik..xde maknanya..

  11. K3NZ0R says:

    TAKTIK TERDESAK KERJAAN NAK DAPATKAN UNDI.. DAH TAU SEKARANG POPULARITI SEKARANG JATUH HABIS.. LOL

  12. santan kelapa says:

    Alhamdulillah la kalau gaji naik. sekarang kos sara hidup tinggi sangat.. bagi kami org bawahan ni memang terasa sangat2. keje kat opis berlambak, keje sampai malam, bawak balik rumah lagi, nak buat part time pun xsempat. tapi gaji nak makan pun xcukup. org besar2 gaji besar, keje ngarah ajer, datang lewat, balik awal.. tau nak buang org ajer.. aper kess…

  13. fiera says:

    best nyer lah ek, ape la nasib keje swasta, dah lah tggu krajaan ssh nak diterima,rasanya lama berusaha bnyak resume hantar sana sini, ada degree ada master, utk tidak memilih, kerja je lah swasta yg hanya rm725 sebulan ni..ckup mkn je lah dr tak kerja…mcm mn la nak byr balik pinjaman ptptn mcm ni????

  14. ayu says:

    Alhamdulillahhh..klu berita nie betul…..
    Pada aku…aku x risau sangat penjawat awam yang bergred tinggi nie(gred 17 dan ke atas)…aku paling kasihan kpd penjawat awam yang bergred rendah (cth:N1 hingga N16)kerajaan perlu pastikan basic gaji mereka melebihi RM1500.00 per month….baru lah kedudukan kewangan mereka kukuh…dan tak perlu buat bermacam-macam pinjaman….

  15. tata says:

    kalo betul laa gaji staf gomen naik..mmg laa syukur..
    harga brg makin hari makin naik..kos taska/sekolah/pendidikan anak2 pun semakin berganda2 naiknye..pada yg kije swasta, aku pun pernah gak berada ditempat korg..bagi aku mmg adil laa kalo staf sokongan diberikan kenaikan sampai 35%..kami staf sokongan ni laa yg bnyk buat kije org atasan..pihak atasan hanya turunkan tandantangan sahaja…nasib laa belajar tak berapa pandai…

    • upin says:

      tata,

      jgnlah ckap mcm tu, seolah2 u tak hormat ketua / org atasan u. Walaupun mrk hy sain je, tp mrk bertanggungjawab besar termasuk btgungjawab thdap tata yg mjd stafnya. Saya bercakap bg pihak kt jabatan, kalau saya dapati staf saya spt itu pemikirannya, rasa menyesalah mengambil u sbg staf….tata patut bersyukur krn ketua u baik hati, kalau dia tau staf dia berfikiran mcm tu, pasti tata akan diambil tindakan. berfikirlah secara positif, smakin tinggi pendidikan smakin bsarlah pendapatan, jgnlah perkara ini dipertikaikan lagi.

  16. nodin says:

    he he macam2 komen. elok la tu yg bawahan comdemn yg atasan, yg atasan comdemn yg bawah he he.. yg penting sama rata

  17. sam says:

    pru 13 kemungkinan akan diadakan lepas spm, sekarang pihak spr sudah bergerak mencari org2 yg boleh bekerja pada hari pru 13 tu,
    jika BN menang gaji kakitangan awam akan dinaikkan seperti yg dijanjikan ( dalam jan 2012) pihak kerajaan akan tgk keputusan pru 13 jugak sebelum buat apa yg dirancang.

  18. upin says:

    kalau naik gaji, kenalah sama rata untuk smua gred. Jangan hnya gred sokongan je bg lebih, sedangkan golongan pengurusan & prfesional slalu je terpinggir. Harus diingat golongan ini slalu mjd ketua unit atau jabatan mrk bleh berbuat apa2 saja kpd kerajaan jika sntiasa trpinggir. dulu kenaikan sgt mengutamakan kump sokongan gred 40 ke bwah. kali ini biarlah sama dlm smua gred. Jika slalu mgutamakan gred bawahan, nanti gaji pkj lepasan spm & berijazah sama, tak logik betul.kesian para mahasiswa skrg.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold