Gaddafi Merayu Supaya Tidak Dibunuh

Saat kematian Gadafi, dia sempat merayu kepada tentera yang menyerangnya supaya jangan dibunuh. Petikan berita dari reuters boleh baca..

”Anak, tolong jangan bunuh saya” itulah kata-kata terakhir Muammar Gaddafi kepada tentera kerajaan sementara yang menangkapnya selepas satu serangan ke atas konvoinya di bandar Sirte awal subuh semalam.

Sejam kemudian bekas pemimpin Libya itu dilaporkan terbunuh.

Gaddafi mengangkat tangan sambil merayu supaya beliau tidak dibunuh selepas beliau diheret keluar dari tempat persembunyiannya di saluran kumbahan di bandar kelahirannya di sini dalam serangan itu.

Namun, rayuannya itu tidak diendahkan oleh tentera kerajaan, sebaliknya mereka menghinanya.

Bukan sekadar itu, mayat Gaddafi yang berlumuran darah dibiarkan dalam keadaan separuh bogel dan rambut palsunya ditanggalkan dan dihantar sebagai ‘hadiah perang’ kepada tentera kerajaan di Misrata, bandar yang terletak di selatan Sirte yang telah ditawan tentera kerajaan sementara.

Rakaman video menunjukkan beliau diheret keluar dengan kasar dari bonet trak sebelum hilang daripada rakaman selepas kedengaran bunyi tembakan.

“Ketika dibawa keluar dari Sirte (untuk dihantar ke hospital), Gaddafi dipukul dan kemudiannya dibunuh,” kata seorang pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) kepada Reuters sebelum Pemangku Perdana Menteri kerajaan sementara Libya, Mahmoud Jibril mendakwa berlaku insiden berbalas-balas tembakan.

Ketua pengawal peribadi Gaddafi mengesahkan bekas pemimpin Libya itu terselamat dalam serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke atas konvoinya.

Dalam serangan itu, Mutassim, anak kelima Gaddafi yang kelihatan berlumuran darah tetapi masih hidup dalam rakaman video itu turut dilaporkan dibunuh.

Berita kematian Gaddafi disambut sorakan kegembiraan dengan penduduk berhimpun di jalan-jalan raya, manakala anggota tentera melepaskan tembakan ke udara.

Di Benghazi, beribu-ribu penduduk berarak di jalan-jalan raya sambil meletakkan senjata mereka dan menari.

“Saya tidak akan memberi senjata saya kepada anak lelaki saya. Kini perang sudah tamat dan kami perlu menyerahkan senjata dan kanak-kanak perlu ke sekolah,” kata seorang penduduk, Mansour el Ferjani, 49 tahun .

Sementara itu, gambar mayat Gaddafi yang berlumuran darah dan disiarkan di skrin-skrin televisyen seluruh dunia mungkin akan memberi kesan kepada negara-negara yang berdepan kebangkitan rakyat seperti Yemen dan Syria. – REUTERS/AP

Kenapa Gaddafi dikehendaki?
Gaddafi dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung dakwaan membunuh sejumlah orang awam.

Rejim pemerintahannya tumbang pada 23 Ogos lalu selepas memerintah selama 42 tahun di negara yang kaya dengan minyak itu.

Gaddafi menjadi pemimpin Libya selepas dia melakukan rampasan kuasa tentera semasa pemerintah Libya, Raja Idris mendapatkan rawatan perubatan di luar negara pada tahun 1969.

Ketika itu, Gaddafi merupakan seorang pegawai tentera Libya.

Kebangkitan di Libya untuk menumbangkan Gaddafi bermula di bandar Benghazi menerusi tunjuk perasaan penduduk yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya pada Februari lalu.

Tunjuk perasaan itu mendapat ilham daripada kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir sehingga mengakibatkan kedua-dua pemimpin di negara berkenaan tidak lagi berkuasa.

Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi pertempuran dalam kalangan penduduk yang membentuk kumpulan pejuang menentang Gaddafi.

Kematian Gaddafi itu menyebabkan NTC kini menguasai sepenuhnya Libya selepas mereka bertempur selama lapan bulan.

Mayat dia diseksa dgn kejam kerana kekejaman di masa lampau, mungkin jugak sama dengan nasib pemimpin kejam Ariel Sharon yang belum mati tapiĀ  macam mayat hidup(lihat).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Gaddafi Merayu Supaya Tidak Dibunuh”

  1. kakyong says:

    kejam terlampau.. walau pun dia diktator tapi seharusnya diberi hak sewajarnya.. Ntahlah, mungkin banyak kesilapan yg MG dah buat, tu yg semua geram dan marah padanya..

  2. yas says:

    Tentu org2 tu dah lama menyimpan dendam akibat dr perbuatan dia sendiri satu ketika dulu…bgaimana pun aku jg tak bersetuju dgn hukuman yg diambil oleh penentang mereka2 tu….
    yas recently posted..Pertandingan Carrom Anjuran PJS Kg Medan

  3. Zack says:

    Pendapat saya, tiada bezanya rejim Gadaffi dan rejim baru NTC. Kedua-dua mungkin suka bunuh tahanan mereka.

  4. Benarkah Ghadaffi diktator? Atau puak barat yang melabelkannya sebagai diktator? Kes sama dengan Saddam Hassan, Ghadaffi seorang pemimpin berjiwa rakyat. Sepanjang pemerintahannya rakyat Libya mendapat imbuhan dari hasil penjualan minyak dgn dimasukkan ke dlm akaun masing2, pendidikan & perubatan utk rakyat Libya semuanya percuma.

    Bank di Libya tiada kadar faedah & riba, kadar celik huruf 90% selepas beliau memerintah. Pengantin baru mendapat one-off 6000.00 dinar darinya kerajaan pimpinannya. Rakyat Libya tidak perlu bayar bil elektrik, mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberi tanah, haiwan ternakan dan benih percuma. Beli kereta rakyat Libya dibiayai pinjaman tanpa faedah, kadar kematian bayi terendah diantara negara2 barat, kadar kebuluran kurang dari 5% dan ianya lebih baik dari US.

    Apa yang diktatornya Ghadaffi? Zalimkah apa yang Ghadaffi buat kpd rakyatnya dgn menyediakan kebajikan mcm ni?

    Ghadaffi dimarah oleh segelintir rakyat Libya yg berpaksikan barat sebab kegilaan anaknya yang boros, kaki joli menyebabkan rakyat marah. Tapi kenyataan mengatakan Ghadaffi diktator tu tk betul ia hanya propaganda barat saja. Ghadaffi dilabel diktator sebab beliau terlalu berani melawan barat dan yahudi. Dakwaan membunuh rakyat oleh mahkamah antarabangsa salah satu senjata barat untuk menjatuhkan pemimpin2 Islam yang berani.

    Kini kita bakal melihat Libya menimpa nasib yg sama macam rakyat Iraq. Hari ni mereka menyanyi, bersorak sbb Ghadaffi mati, esk mereka menangis kerana demokrasi yang diinginkan hanyalah mainan anasir luar yang ingin menguasai kepentingan ‘emas hitam’ di Libya.

    Semoga Allah melindungi rakyat Libya.

    • Salim says:

      Salam,

      Negara Libya ini telah tertutup daripada dunia luar dalam tempoh yang agak lama. Apa yang berlaku dalam negara tersebut sebenarnya banyak yang tidak diketahui. Apa yang disajikan adalah segala keburukan regim Gadafi sahaja. Selain daripada petunjuk yang saudara nyatakan, GDP per capita bagi Libya melebihi USD 13,000. Berdasarkan kepada petunjuk ini, rakyat Libya sememangnya dalam keadaan yang selesa – tetapi sejauh mana kebenaran tersebut tidak juga dapat dipastikan. Inilah natijahnya jika negara mengamalkan pintu tertutup terhadap dunia luar. Namun begitu, saya amat setuju dengan ramai pemberi komen di sini iaitu, sebagai umat Islam, Gadafi tidak wajar menerima layanan seburuk serta sekejam itu. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat rakyat di negara itu juga telah jauh terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar – yang benci kepada kezaliman. Apa yang dikhuatirkan, terdapat segelintir rakyat Libya yang bersekongkol dengan musuh Islam yang sebenarnya. Saya harap tidak begitu – semoga rakyat Libya akan bangkit dan terus berani menentang kezaliman ke atas ummat Islam di persada antara bangsa.

  5. ikin says:

    Walaupun Mg pernah membunuh orang awam,tapi dia tidak layak dibunuh dengan cara yng hina seperti itu.

  6. roha says:

    semua yang berlaku ni mesti rancangan barat.mesti ada udang disebalik batu yang mana akan menguntungkan pihak barat….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold