Fida Ibrahim Mohon Maaf Dedah Aurat

Fida Ibrahim atau Rafidah Ibrahim enggan lagi dikaitkan dengan Mamat Sepah yang dulu kecoh menjadi pasangan kekasihnya, dia tak mahu apa apa kontroversi dikaitakn dengan Mamat keran bagi Fida hubungan mereka sudah berkahir. Fida menganggap kejadian yang berlaku semasa dia dan Mamat bercuti di Batam Indonesia adalah episod lepas yang tak mahu diingatkan lagi. Bagi Fida dia mengambil iktibar dari kejadian itu dan akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan.

Artikel lain: Fida dan Mamat Putus Cinta

Fida cuma berasa sedih dan terkilan kerana sejak 4 tahun dia menceburi bidang hiburan baru sekarang dia menerima dugaan yang berat ini. Dia sedih sebab ada juga pihak yang menokok tambah cerita di sebalik kejadian gambar yang tersebar di internet yang menampakkan sedikit rambut Fida. Dalam sekelip mata saja imej baik Fida hancur dek kerana gambar yang dimuatnaik oleh Mamat Sepah di Facebook.

Fida mohon maaf

“Saya mohon maaf kepada peminat kerana mendedahkan rambut ketika di Batam. Saya sedar perubahan mendadak yang dilakukan menyebabkan peminat tidak dapat menerimanya. Saya perlu berubah. Saya mengaku ia kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Saya juga berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Mungkin saya perlu mencari penata gaya yang dapat membentuk imej yang bersesuaian dengan diri saya selepas ini,”

Penjelasan Fida mengenai gambar dia tak bertudung

Saya masih lagi bertudung. Cuma pada ketika itu saya mendedahkan rambut di dalam kereta. Apabila keluar daripada kereta, saya tetap memasukkan kembali rambut dan tidak membenarkan sesiapa melihat rambut saya.

Saya akan lebih berhati-hati lagi selepas ini dalam memilih kawan. Mungkin selepas ini tiada lagi lelaki bergelar selebriti menjadi teman saya. Lebih baik saya mencari lelaki biasa bagi mengelakkan sebarang kontroversi seperti ini,” katanya yang bakal mengusahakan perniagaan tudung dan skaf.

Bagaimanapun gadis ini berharap, isu dirinya menayangkan rambut ketika bercuti tidak dikaitkan dengan perniagaan yang bakal dilancarkan itu. Tegas Fida, dia tidak mahu persepsi yang bukan-bukan dilemparkan apabila dia melancarkan perniagaan itu nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Fida Ibrahim Mohon Maaf Dedah Aurat”

  1. ohcikgu says:

    jangan dia buat lagi sudahla..

  2. mia says:

    apa kene mengena Mamat dgn isu dia bukak tudung….mmg dh sah2 dia dedah aurat pastu nak salahkan mamat pulak sb upload gambar dia tue…

  3. akubiomed says:

    Ini inilah tempias apabila menjadi perhatian

  4. aku says:

    ala.. dia cakap mcm dia da kahwin ngan mamat tu .
    kalau x upload pun mamat da tengok rambut dia .
    tak ke sama tu ? pelik betul aku minah kerek nih .
    lain ke kalau tunjuk kat mamat , x dosa ke?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold