Dato Ahmad Jais Meninggal Dunia

Penyanyi veteran Dato Ahmad Jais meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi tadi di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam. Allahyarham dilahirkan pada 28 Mac 1936 berusia 75 tahun dan popular dengan lagu di Ambang Sore.

Jenazah dimandikan dan dikafankan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum di bawa ke tanah perkuburan Islam di Seksyen 21 Shah Alam untuk pengebumian selepas Zohor.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan Darul Ehsan pada 25 September 2011 selepas mengadu sesak nafas.

Allahyarham menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang Di Pertuan Agong pada tahun 2006.

Antara lagu popular Allahyarham termasuklah Juwitaku Sayang (duet bersama Allahyarham Datin Rafeah Buang), Umpan Jinak Di Air Tenang, Gelisah dan Budi Setahun Segunung Intan (duet bersama Kartina Dahari).

Tazkiah kepada keluarga allahyarham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Dato Ahmad Jais Meninggal Dunia”

  1. Pacifista says:

    perginya seorang lagi seniman negara…
    al Fatihah…
    Pacifista recently posted..Ustaz Tak Ajar Macam Ni…

  2. Mekar says:

    Semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman
    Mekar recently posted..Pavlova – Resepi dan Cara Membuatnya

  3. akubiomed says:

    Al Fatihah. Moga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold