Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barang Selepas Bajet

Peniaga ni umpama menangguk di air keruh, penjawat awam yang dapat bonus dan kenaikan gaji tapi dalam pada masa yang sama harga baranga pun turut sama naik. Kenaikan harga barang apa kaitan dengan bonus dan gaji? Dari pengalaman lalu, memang inilah yg selalu berlau. Kesan kenaikan harga barangan pulak akan dirasai oleh semua golongan, termasuk golongan pekerja swasta dan isi rumah berpendapatan rumah yang paling teruk terkena kesan ini. Bila harga barang naik, kita diminta hanya ” perlu bersedia”, balik balik berita yang kita dengar “harga akan dipantau”.

Perikan berita:

Pembentangan Bajet 2012 yang antaranya melibatkan kenaikan gaji, imbuhan serta bonus tambahan kepada kakitangan awam di seluruh negara, pada 7 Oktober lalu dijangka akan mendorong peniaga tamak mengambil kesempatan menaikan harga barangan.

Bagi menghadapi kemungkinan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Harga bagi mengekang kenaikan harga oleh sebilangan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Kenaikan harga barangan pengguna adalah satu isu normal setiap kali kerajaan mengumumkan pemberian bonus atau sebarang bentuk penyelarasan gaji serta elaun di kalangan kakitangan awam.

Di Pahang umpamanya  dilaporkan, peniaga dikesan menaikkan harga daging ayam sehingga RM10 sekilogram.

Berikut adalah kandungan sms dari KPDNKK yang dihantar kepada NGO-NGO pengguna di seluruh negara:

“Dengan pengumuman Bajet 2012, kenaikan gaji penjawat awam dll dijangka akan mencetuskan kenaikan harga oleh peniaga yang tidak beretika.

“Sebagai tindakan proaktif, KPDNKK akan menubuhkan taskforce untuk pemantauan harga dan pada masa yang sama kerjasama bersama NGO pengguna dan rakan pengguna diperlukan dalam usaha kementerian dalam menangani isu kenaikan harga dan keuntungan melampau.

“Pihak kami akan berhubung dengan persatuan pengguna dari masa ke semasa bagi maksud ini,”.

Presiden Persatuan Pengguna Air Keroh (PPAK), Safina Sulaiman berkata, KPDNKK sewajarnya meningkatkan lagi pemantauan harga di seluruh negara untuk mengekang kenaikan harga barang oleh peniaga-peniaga yang cuba mengambil kesempatan.

“Memanglah KPDNKK seharusnya mempertingkatkan lagi pemantauan, bukan sahaja di bandar malah diluar bandar demi mengelakkan kenaikan harga barangan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab”, katanya kepada kami melalui sms.

sumber mynews hub.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barang Selepas Bajet”

  1. puanbee says:

    dah ade yg naik pun …

  2. yus says:

    selepas PRU…confirm!

  3. akubiomed says:

    Biasalah setiap kali selepas bajet, harga barang akan naik. Macam-macam alasan diberi.

  4. Pacifista says:

    siap nyorokkan pun ada :(
    Pacifista recently posted..Ustaz Tak Ajar Macam Ni…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold