Bangkok DiPenuhi Buaya Akibat Banjir

Ekoran dari kejadian banjir paling buruk melanda Thailand, bahagian pinggir bandar Bangkok dipenuhi buaya-buaya yang dipercayai terlepas dari sangkar. Mereka yang terjumpa buaya ini diperintahkan membunuh kerana ianya mengancam nyawa. Kira-kira 100 ekor buaya sudah terlepas dari sangkar akibat banjir.

Pihak polis Thai akan menggunakan peluru 9mm untuk menembak kepala buaya-buaya itu. Setakat ini sudah 2 ekor buaya berjaya dibunuh oleh warga Thai yang terserempak dengan buaya berkenaan.

Banjir semakin buruk:

Banjir buruk di bahagian Bangkok semakin buruk, walaupun berbagai usaha dilaksanakan, dikhuatiri air paras laut dan ombak kuat dapat masuk ke bandar Bangkok walaupun pihak berkuasa cuba mengalirkan air ke laut. Beribu-ribu warga Thai berpusu-pusu di stesen bas kerana ingin lari dari bandar Bangkok ke kawasan yang lebih selamat.

Artikel lain :

Gambar kilang kilang industri besar di Thailand tenggelam

Banjir buruk di Bangkok, mampukah Bangkok bertahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Bangkok DiPenuhi Buaya Akibat Banjir”

  1. puanbee says:

    hurm tu lah musim hujan sekarang ni memang lah banjir

  2. sayacomel says:

    wahh..banjir dah. harap malaysia tak banjir..
    sayacomel recently posted..Comel Nakal – Pemakan Daging yang comel

  3. yas says:

    Uishhh…bahay tuu…silap2 ader lak kes yg kene ngap ngan pak boye tu nanti
    yas recently posted..Tradisi Yang Masih Dipertahankan

  4. dnoBiz says:

    Yang lagi satu buaya jadian yang suka cuci mata masa banjir…
    dnoBiz recently posted..Samseng FaceBook – Jom tengok apa Hasilnya Nanti !!!

  5. akubiomed says:

    Bangkok betul-betul lumpuh. Kilang Honda di Melaka terpaksa perlahankan production mereka kerana kekurang bekalan dari Honda Thailand
    akubiomed recently posted..Projek hujung minggu – Seni foto atas kayu bersama abang Koning

  6. Pacifista says:

    perghh…bahaya ni.bila banjir kat segamat aritu biawak pun banyak dah buat aku takut.apatah lagi buaya.huhu :P
    Pacifista recently posted..Download Video Maharaja Lawak Mega Minggu 1

  7. Adeh, sudah ler banjir.. ada buaya lagi. Dugaan tuhan tu. Kawe doakan keadaan di Thailand akan pulih seperti sediakala.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold