Bajet 2012 Intipati Laporan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Belanjawan 2012 dilihat sebagai dokumen yang menggariskan strategi kerajaan dalam menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Prorgam Transformasi Ekonomi dan langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap sebagai memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi
– RM181.6 bilion

Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion

Infrastruktur:

RM5 bilion adalah utk pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk RM1.8 bilion utk Jalan Luar Bandar & Jalan Perhubungan Desa.

Rolling Plan Ke-2 (RP2) bagi RMK10 akan dilaksanakan tahun ini & diperuntukkan RM98.4 bilion untuk tahun 2012 & 2013

Kerajaan akan panjangkan program bekalan air bersih kpd komuniti di Sabah dgn peruntukan RM50juta.


FELDA

Kerajaan akan peruntuk RM400juta utk naik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan  FELDA yg terpilih

Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.

SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012.

Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420juta.


Pengecualian cukai kereta hibrid

Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.


Pendidikan:

Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bilion utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.

Sebuah tabung khas RM1bilion akan melihat kpd keperluan pembinaan, baik-pulih & penyelenggaraan bangunan sekolah2.

Mansuh YURAN PENDIDIKAN:

Buat pertama kalinya, Kerjaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 kerajaan.Beban ibu-bapa akan dapat diringankan.

Sekolah swasta yg berdaftar dengan Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan.


Pengecualian cukai bagi sumbangan kewangan syarikat dan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah dan tempat ibadat berdaftar.

Untuk memantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa.


Bantu Sekolah SKJT dan SKJC

Peruntukan RM1 bilion akan diwujudkan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

Daripada peruntukan tersebut, RM500 juta kepada Sekolah Kebangsaan, RM100 juta disediakan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, RM100 juta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, RM100 juta Sekolah Mubaligh, RM100 juta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains MARA.




Kakitangan Awam

SSM dimansuhkan, Perkenal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA)

Kerajaan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan menyediakan gaji sebaris dengan pembaharuan lebih radikal.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred.

Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Dalam skim baru mengikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.



Kenaikan pencen:
600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

Lanjut Umur persaraan:

Kerajaan setuju lanjutkan umur persaraan wajib kepada 60 tahun daripada 58 tahun bg mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.


Subsidi
Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35


Bantuan yuran kepada kakitangan awam:

Kerajaan akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.

Satu porgam khas akan diperkenalkan utk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.

Kerajaan akan memberi sumbangan kepada duda dan balu polis bantuan khas.

Demi mengenang jasa polis khas &polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd setiap bekas anggota serta duda & balu mereka.



Kerajaan akan mengambil langkah2 jangka pendek dan jangka panjang mengatasi kos sara hidup:

Kenaikan harga barang terutamanya bahan makanan & akan ambil langkah bersepadu untuk mengatasinya.

Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.

Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”.


KAR1SMA akan memberi manfaat kpd 500,000 rakyat, dgn membantu ringankan beban sara hidup.

Menambah kedai kedai Rakyat 1 Malaysia, Membuka dan meluaskan lagi unit kedai rakyat 1 Malaysia, meluaskan lagi menu makanan rakyat 1M .

Bantuan SKIM Rumah Pertamaku

Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.

Melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.

Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.

RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.

Kerajaan akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.



Kesihatan:

Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bilion utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bilion utk pembangunan.

Hospital akan dinaiktaraf  & dibina, kerajaan juga akan tambahbaik  81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Malaysia.

Kuala Lumpur General Hospital, hospital tertua di Malaysia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk rawatan pesakit luar.

Demi keselesaan warga kota, hospital yang berusia 141 tahun dan merupakan hospital tertua di Malaysia ini akan dinaiktaraf supaya menjadi sebuah hospital primer negara dilengkapi dengan peralatan terkini dan canggih dengan peruntukan 300 juta ringgit.

Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.

Untuk menjamin kesihatan para ibu dan anak, maka sebuah hospital khusus untuk kaum wanita dan kanak-kanak akan dibina di Kuala Lumpur melalui perkongsian awam swasta dengan kos 700 juta ringgit.

Bajet 2012 untuk para doktor/pegawai perubatan:

Kerajaan juga memahami beban kerja pegawai perubatan di mana mereka bertugas berterusan melebihi 45 hingga 120 jam seminggu. Situasi ini sememangnya tidak kondusif untuk mereka memberi rawatan berkualiti. Oleh yang demikian, Kerajaan telah memperkenalkan jadual kerja luwes atau fleksi Pegawai Perubatan Siswazah, di mana waktu kerja di jadual semula kepada purata 60 jam seminggu.


Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi RM 600.

Bagi menggantikan Elaun Luar Waktu Bekerja Biasa, Kerajaan memperkenalkan Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi sebanyak 600 ringgit sebulan berkuat kuasa 1 September 2011.

Bagi pakar dan pegawai perubatan, Kerajaan juga bersetuju menaikkan elaun on-call semalaman antara 30 hingga 80 ringgit berkuat kuasa pada tarikh yang sama.


SARA 1M

Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isi rumah. Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman 5,000 ringgit dengan tempoh bayaran balik lima tahun. Pada akhir tempoh lima tahun, pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik. Skim ini akan dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan kerjasama institusi kewangan terpilih mulai Januari 2012.

Bantuan Gumanan

Bantuan Guaman secara percuma, kerajaan akan menambah 10 juta lagi pada tahun 2012 untuk bantuan guaman.
Peruntukan melatih wanita profesional:

Peruntukan RM10juta akan disediakan utk melatih wanita professional utk kembali ke pasaran kerja.

Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik.

Bantuan kepada belia:

RM200juta akan disediakan utk melatih belia yg telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik untuk Belia 1Msia (SAY 1Msia).

RM15 juta akan diperuntukkan untuk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dapat dicapai.

Meringan beban kos sara hidup :

Pemberian secara sekali (one- off assistance) kepada golongan berpendapatan rendah:

Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Pemberian diberi kepada ketua isi rumah melalui BSN.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.


Simpanan persaraan – KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pelepasan cukai sehingga 6 ribu ringgit untuk caruman kepada KWSP:

Dalam Bajet 2011, bagi mempastikan pekerja swasta dan mereka yang bekerja sendiri mempunyai simpanan mencukupi semasa bersara, saya telah mengumumkan pelepasan cukai sehingga 6 ribu ringgit untuk caruman kepada KWSP dan insurans hayat diperluaskan bagi meliputi caruman kepada Dana Pencen Swasta, kini dikenali sebagai Skim Persaraan Swasta. Bagi terus menjamin kesejahteraan rakyat di usia persaraan di samping mempromosi skim persaraan swasta yang dijangka dapat merancakkan pembangunan pasaran modal, saya mencadangkan:

Pertama: Pelepasan cukai baru sehingga 3 ribu ringgit ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun. Dengan ini, pelepasan cukai sedia ada ke atas Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans dirasionalkan;

Kedua: Potongan cukai ke atas caruman majikan bagi pekerja dalam Skim Persaraan Swasta; dan

Ketiga: Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana Skim Persaraan Swasta.


Bonus kepada kakitangan awam (setengah bulan gaji)

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 bagi penjawat awam dan bantuan RM1,000 bagi pesara kerajaan.

Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta kakitangan awam serta 618,000 pesara kerajaan.

Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja RM4 bilion.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

37 Responses to “Bajet 2012 Intipati Laporan”

  1. [...] Laporan terkini Belanjawan/Bajet 2012 (intipati laporan). [...]

  2. [...] TERKINI laporan  INTIPATI BAJET 2012 (sila baca sini) [...]

  3. nizar mat says:

    YURAN PIBG tetap membebankan ibu bapa

  4. rashidin says:

    Dulu Paklah dah mansuhkan jg Yuran Sekolah… Bila mak bapa daftar anak sekolah, lagi Banyak yg kena dari sebelum baje. sekolah takde Fund nanti.. esok Sekolah akan reka macam2 lg jenis Yuran.. yuran Komputer, Yuran Tuisyen..bla bla bla..

  5. firdaus khiyum says:

    kerajaan bagi baucar rm200 untuk pembelian buku kepada pelajar universiti……pelajar sekolah rendah dan menengah dapat rm100 seorang..rezeki rezeki. pelajr guna le sebaik mungkin jgn njoy

  6. bakar ip says:

    bersyukurlah dgn rezeki yg dbrikan..Kadang kala rezeki ALLAH tdak secara trus kpada kita ttp mlalui indvidu lain..apa yg dperoleh skrg ni brsyukur kehadratnya..

    • Hamba AllahSWT says:

      Semua ni milik Allah, diri kita ni pun AllahSWT pinjamnkan ke dunia utk jadi khalifah. Kita harus bersyukur dengan apa yang diberiNYA. Alhamdullillah saya kerja swasta, gaji biasa je tapi tiap-tiap bln saya rasa cukup. tips buat belanjawan keluarga & sentiasa bersyukur.

  7. pekerja swasta says:

    pengumuman bajet yang tak adil untuk pekerja swasta.Sepatutnya tema ini adalah Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat penjawat awam , Mensejahtera Negara

  8. helmi karim says:

    bonus ja dibagi tapi barang2 rumah naik dan terus naik…. takde gunanya…bagaimana pula dengan nasib bukan penjawat awam sedangkan harga barang naik

    • sokong bajet says:

      memang terbaik bajet kali ni…

      sokong kerajaan..teruskan pemerintahan. yang tak puas hati tu aku tak tau pasal apa…bersyukur la dengan apa yang ada / dapat. yang keje swasta tu nak kerajaan buat camne? cuba bagi cadangan kalau kau rasa kau adil sangat… nak bonus dari kerajaan jgk ke..? kau punya bonus lagi hebat. nak banding ngan RM 1000 tahun ni yang dah berapa tahun x dapat apalah nak di dengkikan sangat…

  9. amri says:

    klau takat rm 500 wat lekat celah gigi je laa dngan harga barang la ni

  10. ida khalid says:

    seronoklah dapat 1/2 bulan gaji untuk bonus. tapi GLC ade yang 7 bulan gaji. nanti janganlah kata bonus kerajaan itu ciput aje.

  11. seman says:

    orang bagi kita ambik..pangkah soriii

  12. seman says:

    bersyukur tu kena pangkah B eN ke? pemikiran org kg ko ni. Duit tu datang dri poket najib ke??ikiu suka aku nak pangkah apa

    • man says:

      sepatutnya budjet 2012 memberi impak yg lebih menyeluruh..brg naik jgn salahkn kerajaan je..peniaga/usahawan malaysia ni rata2 mcm firaun..
      cube engko tngok gandum dh turun tp rega roti canai pi tengok??mcm 2 la..
      belajar tk tinggi tp nk pndpatn tinggi..engko pikirlh sendiri..

  13. hadi says:

    kita kena bersyukur dengan apa yang dapat….allah tak suka pada orang yang tak bersyukur..

  14. private sector says:

    mari tukar kerajaan, kerana mereka lupa kami adalah majoriti pengundi, rakyat di mata BN adalah pekerja awam. dan bukannya satu malaysia. kakitangan kerajaan boleh menikmati kenaikan gaji, golongan muda pekerja swasta tertindas!! ini tidak adil!! kerana kami jutaan pekerja swasta masih tertindas dan penat lelah kami membayar cukai untuk kenaikan gaji pekerja awam dan mengisi poket kerajaan. sedangkan kami penyunmbang ekonomi negara. demi keluarga pekerja swasta harus berani melakukan perubahan. kerana kami pekerja swasta bukan rakyat malaysia tapi pekerja awam!!

    • sokong bajet says:

      jangan jadi kolot r pemikiran tu..ingat tukar kerajaan tu cam tukar kereta ke..dah puas tukar balik…skali tukar…habislah bangsa kau. tgk cam pulau pinang ngan perak dulu dah cukup. baru tadbir sekejap..dah banyak mana tanah habis. ko pikirlah sendiri..jangan nanti usahkah nasib pekerja swasta…nasib bangsa melayu..keistimewaan orang melayu pun habis…pastu kau nak tukar kerajaan balik…dah xde apa dah masa tu.

      kau kata kau tertindas..tertindas camne? gaji kecik..? cu citer

  15. man says:

    sepatutnya SEMUA rega brg kerajaan kawal..sbb di malaysia ramai peniaga mcm firaun…nk cepat kaya…jahanam negara..jgn biarkan lanun2 ini ambil kesempatan..

    • hamid says:

      banyak barang kat msia ni kerajaan kawal sebenarnya…tapi orang msia je bodoh…dah tahu barang tu mahal pergi lah wat report kat saluran yg disediakan…salah sapeh salah pengguna sebenarnya…peniaga ingt pengguna kt msia ni baik hati sngat…naik barang suka2 hati xde pn yg report…so salah sapeh…kita sbgai pengguna kena bantu kerajaan kawal harga ni…xboleh harapkan kerajaan jer…cuba boikot barang yang mahal tu jatuhlah harganya…pengguna bkuasa sbb duit berada diatas tangan kita…pikir2 kan lah…kalau semua pengguna kat msia ni mcm yg aku ckpkan tadi xwujudlah firaun2 ni…percaya lah…

  16. man says:

    wajar kerajaan membuat aras pendapatan minimun bg kktgn swasta agar kebjkn terjmin..tp sshnya bos engko tu kaya tp pekerja gaji ciput..tu la aku maksudkan usahawan kt Malaysia ni mcm firaun..tgk org puteh pak gaurd depa pun leh melancong time cuti..brg murah pndapatn tinggi baik kerajaan atau swasta..

  17. titan says:

    bab yuran sekolah tu. aku setuju. haha..patut dah setat lama dahh..
    titan recently posted..Kenduri Gol Australia

  18. Bekerja sendiri..... says:

    Yang kejer kerajaan dapat bonus x besau mana pun… Korang kat swasta dapat bonus kadang sampai 12 bulan tu…. Dah tu dapat kontrak dari kerajaan pulak… kira kau orang yang makan gaji ni dapat nikmat dari bajet tsb…

    Kami yang kejer sendiri ni kena pikih macam mana nak tingkatkan pendapatan harian supaya x kebulor….

    Sory for all….

  19. APAN says:

    pe la tajuk surat kabor esok…mesti kelako2.haha…
    APAN recently posted..Pindah Dosa Kepada Ayam

  20. Ayid says:

    Bukan salah gov. kalo sektor swasta x nek gaji..
    dulu aku pun keja swasta, bonus tiap tahun mmg bleh thn walaupun gaji nek ciput.. bila dah join gomen..mmg da lama x dpt bonus, yang dpt rm1000 (2x bayar),tp aku ttp bersyukur, sekurang-kurangnya kerajaan nak bagi, jd wajar la kalo kali ni gaji naik pun… lumrah org kita Gajah depan mata xnampak tp kuman di seberang laut nampak clear…

  21. Syukurlah... says:

    Alhamdulillaah dgn setiap pemberian kerana semuanya dari Allah…& yg patut kita syukuri ialah dgn memanjatkan kesyukuran kpd Allah dgn rezekiNYA. Terima kasih kpd Najib dgn pengumuman setengah bulan lg gaji demi utk menampung kos sara hidup yg semakin meningkat…cuma jgnlah ini hanya suatu helah atau diniatkan sbg ‘gula2′ kpd rakyat yg mudah lupa agar mengundi mereka pd PRU yg tak lama lg…kalau tak undi maka ‘TAK RETI BERSYUKUR’, cerdik sungguh kalau ada yg berpikir gitu..

    Dlm nak mengundi nanti adalah hak masing2 iaitu dgn menimbang segala perkara dlm situasi semasa…realistik dgn suasana sebenar. Kalau mengundi BN adalah suatu tanda yg rakyat itu bersyukur, maka terpulang. Aku sbg penjawat awam amik apa yg diberi kerana kita jugak memberi (khidmat kita kpd kerajaan), bukan dpt saja2. Namun pendirian dlm politik & dlm mengundi harus tetap & tak mudah berubah2 hanya kerana kerajaan tetiba nak bg itu ini btul2 sebelum PRU…fikir2kanlah & undi anda tetap rahsia;-)

    • hamid says:

      Betul ape yang ko ckp tu…dlu aku pernah kerja kerajaan tapi xlama aku berhenti…sbb aku xsuka kerajaan pada masa tu…dah aku xsokong kerajaan watpe lagi aku hendak mendukung dan mjalankan dasar2nya sbagai penjawat awam…bermakna aku pn sama mcm diaorg…kpda penjawat awm yg xsokong kerajaan baik berhenti je keje..bagi kat orang lain je…kita dh mnipu diri kita…kita xsokong tp mjalankan dasr dn tugas2 kerajaan..tidak ker keikhlasan tu xde…so gaji xberkat la..jgn marah yer….

  22. mek says:

    elaun fleksi untuk doktor je ke…misi camna…keje pagi, petang, siang, malam…nak jaga org sakit…INI TAK ADILLLL….NAK JUGAK…abg jib oiiii…cuba pandang gak ko misi nih..jange dok kelih sbeloh mato jah…

    • hamid says:

      misi xcukup bajet la tahun nie…kita bagi doktor ngn cikgu dlu..ikut turn yer…klu bagi semua abis tergadai negara kita nie…tgu bajet tahun dpn la yer klu ade bajet lebih kita kasi la kat misi plak yer…xdpt pn keje kena elok2 yer…

  23. mat says:

    kakitangan awam dapt sebulan gaji pun ade org nk dengki ker…aku pernah keje swasta dapat 11 bulan bonus…sapeh kata swasta bonus sedikit..pandai2lah pilih kompeni kerja..yang pergi kerja kompeni firaun watpe…salah korang lah..pastu nak dengki orang ln..manusia cmni ade jgak ker…bersyukur la….

  24. mat says:

    orang lain dapat rezeki kita patut tumpang gembira…ni nk dengki2…kat malaysia ni kalau rajin senang dapt rezeki…ni kalu semua nk kena suap habis la bangsa nanti xde daya saing…tengok orang asing dtg msia leh je kaya kaya-raya sebab rajin…ni kita rajin dah la tidak, dengki dan byk cakap je pndainya….

  25. atas pagar says:

    Komen ni xde kaitan langsung dgn parti politik. just pendapat sendiri je. bajet kali ni mmg berpihak kepada penjawat awam.thats the truth..ni bukan nak dengki pun.cube korang fikir, walaupun saya keje swasta, bonos 3 4 bulan gaji, tapi kemanakah duit itu? dah ditolak itu ini (termasuk income tax for sure) berapa yang tinggal? itula duit anak nak buka sekolah tahun baru, spend raya, saman yg xtentu psl, bayar 10% deposit rumah etc..kami pekerja swasta dpt bonos macam tu, pernahkah anda terpikir susah payah kami kerja? balik kerja pn tak ontime (sian family kat umah). swasta lagi la byk politik (belum kira bell curve bonos lagi) silap2 bonos pn xdapat..penjawat awam snang buat loan, nak beli keta, rumah pun senang.dalam malaysia ni, rasenye GLC je yg mampu nk bagi bonos bebulan2 tu..kalo company swasta, xde bonos kot hehe..this thought not reflecting to me, cuma i just wonder, nasib pekerja swasta bawahan.mereka pun contribute right? only my thoughts..

  26. Reen says:

    herm dah mansuhkan yuran persekolahan pun dah dikira baik. kalau semua nak free, mcm mana sekolah nak running. tak faham betul. kalau xnak bayar apa2, xpayah hantar anak sekolah. takpun, xpayah kasi anak-anak tu join aktiviti. nanti masuk universiti, lagi banyak nak kena bayar hoke. nothing is free in the world. if nak sgt education free, pls go to UK. tp still ada menda yg kena bayar jugak. tujuan meringankan beban.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold