Bajet 2012 Bantu Golongan Berpendapatan Rendah

Bajet 2012 yang akan dibentangkan Jumaat ni bakal membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah, begitulah yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam persidangan di Dewan Rakyat hari ini. Bajet 2012 bakal diumumkan dengan banyak kejutan dan lebih tertumpu kepada lonjakan kos hidup dan pengukuhan ekonomi.

Antara jaminan PM Najib ialah kerajaan telah  mengambil langkah langkah untuk memastikan ekonomi berdaya tahan walaupun ekonomi global mengalami kemelesetan.

Strategi kerajaan dalam Bajet 2012

Strategi yang akan diumumkan dalan Belanjawan 2012 turut mengambil kira kesulitan rakyat berpendapatan rendah, untuk membantu dan melindungi mereka jika berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan kos serta harga barangan.

Contonhya, mengadakan pelbagai aktiviti akan terus dilaksanakan bagi membantu golongan berkenaan seperti

-bantuan kewangan,

-subsidi dan insentif,

-bantuan latihan dan kemahiran,

-perkhidmatan kesihatan dan perumahan

Petikan berita dari  Bernama:

“Perbelanjaan penggunaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan pendapatan hasil daripada harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil,” katanya PM

Najib berkata Pelan Transformasi Ekonomi dan inisiatif kerajaan untuk menarik pelaburan asing juga dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan sektor ekonomi global.

“Kerajaan akan pastikan ekonomi terus kukuh dengan langkah-langkah mengurangkan beban rakyat dan merancakkan penggunaan domestik,”

Najib juga berkata pelaburan langsung asing negara meningkat kepada RM21.2 bilion pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2010 dan RM3.5 bilion pada Jan-Jun 2009.

Katanya peningkatan itu menunjukkan kejayaan strategi negara dalam menggalakkan pelaburan domestik dan asing serta meminimumkan impak dunia luar kepada ekonomi negara.

- Bernama

Jumaat ini kita sama sama tunggu dan ikuti perkembangan dan laporan terkini Bajet 2012. Dengar kabar cukai tembakau akan dinaikkan, tak elok merokok, tak baik untuk kesihatan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Bajet 2012 Bantu Golongan Berpendapatan Rendah”

  1. cikgu naman says:

    owh..nasiblah golongan yang sederhana..harap² adalah jugak imbuhannya..

  2. yas says:

    Setiap taun ada pembentangan bajet…tp kenkadang den raso cam tak sampai jer ape yg derang buat tu…entah lerr…perasaan den yoo kut.
    yas recently posted..Teks Ucapan Raja Dr Nazrin – Persidangan Kongres Majlis Agama Islam Negeri 2011

  3. ayung says:

    semoga bajet kali nih mengutungkan semua pihak…

  4. far_east says:

    apakah akan ada berita gembira buat penjawat awam..

  5. akubiomed says:

    Perlu juga bajet meliputi golongan berpendapatan sederhana. Tidak sabar hendak mendengar bentangan bajet 2012 nanti

  6. anastasyea says:

    Gaji kakitangan awam pun kena naik juga jika nak membantu rakyat .. (“,)
    anastasyea recently posted..Pembentangan Bajet 2012 Bantu Golongan Berpendapatan Rendah

  7. fad says:

    sabsidi dan insetif 2 akhas utk org mcm mana and staytus ape?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold