Azwan Ali Gaduh Pulak Dengan Ifa Raziah di Twitter

Azwan Ali yang baru pulang dari Mekah bulan 8 lalu, dah buat hal pulak, dia dikatakan bergaduh mulut di laman Twitter dengan penyanyi Ifa Raziah. Sebelum Azwan Ali ke Mekah untuk mengerjakan umrah dia baru je habis bergaduh dengan rakan artis Didie Alias. Hai Azwan Ali..buat hal lagi ke? Kalau orang balik dari umrah ni patutnya berubah le perangai jadi lagi baik..huhu tapi ni sebaliknya pulak..

Azwan gaduh dengan Didie Alias

Dulu Azwan pernah dah bergaduh dengan Ifa tapi dah berbaik semula ..siap commolot lagi dalam Melodi..tapi kini 2 rakan tu bermasam muka lagi..

Azwan Ali ada menggelarkan ada 2 orang artis tersangkak negara, walaupun dia tak menyebutkan secara jelas siapakah 2 orang artis yang dia tengah berperang sakan tu..mesti orang dah dapat teka, Didie dan Ifa Raziah le tu. Macam macam ler..

Pergaduhan dengan Ifa Raziah bermula

Pergaduhan tersebut dikatakan bermula setelah Ifa Raziah membalas Blackberry Massenger (BBM) Azwan Ali yang menjemputnya menghadirkan diri ke rumah terbukanya pada 3 Oktober ini jam 6 petang dan memintanya menjadi penyambut tetamu.

Jelas Ifa, dia tidak dapat hadir pada waktu tersebut dan hanya dapat hadir di sebelah malamnya kerana sibuk. Namun kiriman balas BBMnya disalah erti.

“Dia hantar BBM suruh saya datang jam 6 petang jadi penyambut tetamu. Saya membalasnya

“tak kuasa nok aku sibuk kalau boleh pun aku datang dalam jam 8 malam sebab aku ada shooting.”

Sekali dia balas kalau tak nak datang tak apa tapi jangan biadap.

“Perkara tersebut berlarutan sehingga ke twitternya dia marah-marah saya. Dia kemudiannya membuang saya dari BBM dan memblok saya dari twitternya. Pelik kenapa sampai begitu dan mengapa perlu marah-marah dalam twitter sedangkan sebelum ini boleh saja dia maki-maki saya depan-depan. Ini kenapa nak beritahu seluruh Malaya mengenai ketidakpuasan hatinya,”

Ifa Raziah kesal Azwan tak berubah

Malah, dia juga kesal dengan sikap Azwan yang pada pemerhatiannya semakin teruk meskipun telah berjanji tidak akan memaki hamun orang setelah pulang dari mengerjakan Umrah untuk kali ketiga.

“Tak rugi pun kalau tak berkawan lagi dengannya. Tak mengapa semuanya terpulang kepada dirinya untuk menentukan hala tuju kehidupan dia. Asal dia gembira sudah dengan apa yang dia lakukan. Doa saya semoga dia sedar kesilapan sendiri dan membuang jauh egonya agar tak hilang kawan-kawan.

“Tak perlulah nak perli-perli dalam status twitter ke apa, kerana apabila dia buat tak apa, tapi apabila saya buat dia terasa pula. Sesiapa yang tak hadir ke rumah terbukanya akan dilabel sebagai artis sengkek jadi kena hadir walaupun terpaksa,” katanya mengakhiri perbualan sambil ketawa.

Printscreen pergaduhan mereka

Ifa gelar siapa Bapok kertu?

Ayat tak boleh blah Ifa Raziah… Dont play play with IFA RAZIAH..ko punya secret semua dalam Coli aku tau..

credit to forum cari

Luahan hati Azwan Ali

“Saya pun sebenarnya menerima maklum balas ini semua daripada peminat. Saya difahamkan, 2 artis ini telah mengecam saya dengan membongkarkan segala rahsia saya di Twitter. Saya turut dikhabarkan, mereka semakin berang dan berani mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya.

“Oleh kerana itu, saya yang tidak pernah memblok orang dari mengikuti Twitter saya telah pun melakukan perkara sedemkian dengan menghalang dan membuangkan artis itu dari mengikuti twitter saya. Selama ini pun, apa yang tertulis di twitter saya adalah luah hati saya secara am.

“Namun, mereka telah melakukan perkara biadap dan menyifatkan AA sebagai orang yang berperangai buruk. Bukan saya seorang saja yang artis yang mempunyai nama AA. Jadi saya menyeru kepada semua artis yang memiliki pangkal nama AA agar menyaman artis ini.

“Saya bukan seorang saja AA. Ramai lagi artis popular tempatan termasuk Aaron Aziz, Amyza Adznan dan Aspalella Abdullah. Saya berharap kepada artis yang saya tujukan ini agar bermuhasabah diri. Mereka tidak takut ke dengan azab neraka. Saya mempunyai sejuta rahsia mereka.

“Saya akan mendedahkan rahsia mereka itu sekiranya mereka masih terus menyalak. Selama ini saya banyak menghadapi perkara kontroversi. Saya masih lagi boleh pasrah. Pun begitu, ini adalah kemuncak bagi segala-galanyanya yang mana saya menerimanya dari 2 artis yang tidak kenang budi.

“Saya sedikit pun tidak takut dengan apa jua ugutan dari mereka. Tuhan bersama dengan saya. Saya harap dia orang insaf. Sebelum ini pun, ada artis dah nak saman mereka. Adakah mereka mahu saya menyaman mereka?,” ujarnya.

Dalam pada itu, apabila ditanya apa punca perkara ini boleh berlaku, Azwan Ali enggan mengulas lebih lanjut. Namun, dia menegaskan amuknya itu bersebab.

“Apa yang saya buat ini bersebab. Saya masih lagi waraskan. Kalau nak saya dedahkan, ia boleh membuatkan mereka hancur lebur. Terus-terang, buat masa ini pintu hati saya sudah tertutup untuk maafkan mereka buat selamanya. Saya masih belum dapat petunjuk untuk memaafkan kesilapan mereka. Saya hanya mahu agar saya boleh melupakan mereka,” ujarnya.

Gambar terkini Azwan Ali lepas umrah

Azwan tukar gambar profile di Twitter lepas balik mekah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Azwan Ali Gaduh Pulak Dengan Ifa Raziah di Twitter”

  1. tak kuasa mak Nyah nak melawan dorang tu. kejab gaduh kejab baik.. tiga2 pun sama..
    PESAING CIKGU SHIDA

  2. akubiomed says:

    Aduhai buang masa betul. Banyak perkara faedah yang boleh dilakukan

  3. kopipanas says:

    Fida dengan gaya ala topi DATO CT berdating dengan MAMAT, Fida kantoi tunjuk rambut kat MAMAT sepah
    http://kopipanas2u.blogspot.com/2011/10/fida-dengan-gaya-ala-ala-serkuptopi.html

  4. This is so informative,Blog,Keep it up,thanks for sharing this blog with us…,.,.

  5. susan says:

    aa ni patut diban daripada TV station…..bad role model to public…

  6. ajoh says:

    Kalau dah sering ke Tanah Suci mengerjakan ibadah baik sunat ataupun rukun dah cukup baik untuk menggunakan ksempatan dan ruang untuk mempertontonkan contoh2 terbaik buat diri dan ummah .. bukan bertambah dahsyat keburukan tabiat dan percakapan .. semoga Allah berikan petunjuk dan membuka pintu hati kita untuk bertaubat. Lain pula cerita mamat yg satu nie asyik gadoh2 aje sana sini .. mulut pula bertambah laser tak reti nak ambil kesempatan atas kunjungan Tanah Cuci …

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold