Sebelum ni duk heboh Apple nak lancarkan iPhone 5 rupanya bukan iPhone 5 namanya tapi masih lagi iPhone 4 cuma ia direka semula dan ditambah baikkan lagi dari iPhone 4 yang lama
Apple memperkenalkan iPhone4s dengan cip pemprosesan A5 sama seperti yg terdapat pada iPad, dengan kelajuan grafik 7x lebih cepat.

Seperti yang diramalkan Apple menambah jangka hayat bateri supaya tahan lebih lama. 8 jam masa bercakap melalui 3G , dan 14 jam masa bercakap jika melalui 2G, serta 10 jam bertahan untuk video.
Rupabentuk yang tersebar memang serupa seperti di hari pelancarannya (rujuk artikel lepas)
Spesifikasi lain mengenai iPhone 4s:
Ada sokongan HSDPA + dengan sokongan data sepantas 14.4 mbps.

Kamera pulak seperti ramalan dalam artikel yang baru2 ni, kamera iPhone 4s dengan 8 megapixel dgn gambar bersaiz 3264×2448.

iPhone 4s lebih laju kepantasan mengambil gambar, dibandingkan dengan pesaing yg lain seperti Samsung Galaxy II.
Mampu mengambil gambar dengan pantas ( selaju 1.1 saat untuk gambar pertama dan 0.5 saat untuk gambr kedua) siap dengan face detection lagi. Gambar yang jelas dan memuaskan hati.
Video: Ada sokongan rakaman HD 1080p, ditambah dengan image stabilization dan pengurangan bunyi (noise reduction).Canggih bukan.
Pembantu Suara ” Siri”:

Ciri baru pada iPhone 4s ialah pembantu suara bernama “Siri” , dengan aplikasi baru ini pengguna iPhone 4s hanya memberi arahan saja dgn menggunakan suara tanpa menyentuh telefon.

Contohnya, memberi arahan untuk menghantar mesej, tolong membaca mesej atau membuat panggilan, menyemak kalendar, sebagai reminder, membuat carian dan lain lain. Ini dapat membantu pengguna telefon membuat kerja serentak, iaitu ketika memandu atau ketika sibuk bekerja.
Tolong baca mesej

“Siri” didatangkan dengan bahasa Inggeris, Jerman, dan Perancis buat masa kini, dan bahasa lain akan diperkenalkan secara berperingkat peringkat. Siri jugak masih dalam percubaan dan tidak stabil lagi sepenuhnya.
Harga iPhone 4s ditawarkan (bukan dalam RM ye)
64GB - $399
32 GB – $299
16 GB – $199

Ramai ternanti nantikan iPhone 5 rupanya Apple melancarkan iPhone 4s hhehehe..nampaknya ia lebih kepada menambah baikkan dari segi video dan kamera serta ciri baru bernama Siri dan sistem iOS 5. Masihkah ada sambutan terhadapa iPhone 4s ni di Malaysia..sama2 nantikan pelancaran iPhone 4s di Malaysia pulak.
October 5th, 2011
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

alahai yg iphone tu tak mampu beli lagi ahak ahak..
apple tu mampu la…
jom singgah ke blog saya ada pelbagai info2 terkini lagi menarik hati,..
antara info hari ini di blog macamnilahkita.com
”apple lancar iphone 4s”
‘
kena ambik plan maxis. iphone sj br rm199 kan? hehehe… tp nsb baik jgk sy bkn peminat iphone. jdk tak terliur sgt la tgk.
ramai pelabur kecewa dengan apple kali ni.tengokkan je la…
Pacifista recently posted..Contest Review Alexa Lanjut 7 Hari Lagi
Ada juga kebaikan Siri ini boleh bantu cara sebutan bahasa Inggeris kerana kalau tidak betul arahan tidak akan dilaksanakan
kalau ada dalam BM bagus jugak hehe