Akhirnya Remy Ishak Mengaku Bercinta Dengan Tiz Zaqyah

Gosip tentang Remy Ishak 29, bercinta dengan Tiz Zaqyah, 22, mula diperkatakan sejak tahun lepas, apabila ada orang nampak Remy pegang tangan Tiz di MotoGP di Sepang tahun lepas. Setelah setahun akhirnya Remy mengaku bercinta dengan Tiz ye. Ramai dah tau cuma nak tunggu kedua-dua artis ni buka mulut. Kadang kadang orang nampak Remy rajin hantar Tiz ke mana mana, di lokasi pulak mereka kelihatan intin dan makan bersuap lagi..romantiknyer Remy dan Tiz.

Elok le mengaku saja hehe..dulu Remy tak mengaku, dia kata itu cuma gosip aje.

Penafian Remy dulu dulu..

“Saya akui yang kami berpegangan tangan pada waktu itu. Tetapi bukan sebagai sepasang kekasih. Tiz sekadar seorang kawan.

“Lagipun kami ke acara itu beramai-ramai di mana pada waktu itu keadaannya agak sesak dan masing-masing memegang tangan sesama sendiri.

“Pada pandangan saya, ia adalah satu gosip yang cuba menjatuhkan karier saya dan ditokok tambah,”

Keakraban mereka dalam drama Nur Kasih semestinya berputik rasa sayang, ni kira maca cinta lokasi le kan. Gosip mereka bercinta jadi bualan hangat namun , kedua-duanya masih cuba menyorokkan hubungan itu. Teringat la kisah cinta lokasi pasangan Ogy dan Eman Manan dulu dalam filem hebat Puteri.

Kalau Remy dan Tiz ke jinjang pelamin , alhamdulillah, pasti peminat pun suka :)

pengakuan Remy

“Sekarang, saya sedang berpacaran dengan Tiz. Saya tak mahu kecoh kerana kami masih lagi di tahap berkenalan dengan lebih rapat.

“Lagipun, kami tidak mahu orang luar mengharapkan sesuatu dan di penghujungnya jodoh kami tidak panjang.

“Lainlah kalau dah nak kahwin, semestinya saya akan beritahu kepada semua. Bagaimanapun, bagi yang tahu tentang hubungan kami, tahulah, saya tak kisah.”

Dua-dua mereka masih single jadi tidak ada siapa yang marah le. Moga moga sampai ke jinjang pelamin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Akhirnya Remy Ishak Mengaku Bercinta Dengan Tiz Zaqyah”

  1. titan says:

    elok sangat la tu. kawin terus lagi bagus.

  2. akubiomed says:

    Pelakon kalau cakap cinta pun macam dengar dialog berlakon :-)
    akubiomed recently posted..Menonton MotoGP 2011 di Litar Sepang

  3. cikguden says:

    dah elok sangat dah tu. jangan tunggu lama2

  4. kakyong says:

    setuju ajer kalo depa berdua ni, cepat2 kahwin lagi bagus kan..

  5. LinUmaiDina says:

    Perkara baik elok dipercepatkan.

  6. joan_arc says:

    Alhamdulillah, semoga langkah susulan seterusnya dipermudahkanNya..amin..Luv RITZ

  7. nurdiyana says:

    suka sgt org brcnta

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold