Abby Abadi Masuk Hospital Kerana Tekanan

Abby Abadi bekas isteri Norman Hakim pulak masuk hospital, sebelum ni pelakon dan penyanyi Marsha pun dimasukkan ke hospital jugak akibat tekanan perasaan. Abby  dimasukkan ke hospital Gleneagles pada hari Isnin dan keluar pada hari Rabu iaitu pada hari resepsi Norman dan Memey. Apabila media tanya adakah ada kaitan dengan pernikahan Norman dan Memey menjadi punca Abby masuk hospital, Abby mengulas ianya tidak ada kena mengena langsung dengan perkahwinan Norman atau Memey.


Abby menjelaskan dia tidak cukup tidur tidak cukup rehat dan beberapa hal peribadi yang dihadapinya sekarang. Abby menghantar sms kepada mynewshub.my yang berbunyi:

“Sy Cuma terlalu stress dengan hal2 semasa.. Tp xde kena mgena lgsg dgn yang sebelum ini yer so jgn la kaitkan dgn dorg (Norman dan Memey) pulak.. :).

“Antara sebab lain, Sy tak makan, tak cukup tido….

“Sy ok, tp mmg terlalu byk fikir buat Sy rasa over tension…. Tp masih terkawal, alhamdulillah…”

Abby menjelaskan bahawa sepatutnya dia diarahkan doktor untuk berehat di hospital beberapa hari, namun dia menolak dan meminta untuk dikeluarkan dari wad hospital berkenaan.

Menurut Abby lagi, dia dijadualkan untuk menghadiri satu sesi pergambaran pada hari tersebut namun terpaksa dibatalkan apabila dia pitam di rumah rakannnya dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Ikutkan doc suh rest lg kt hospital utk bbrape hari tp Sy mntk keluar.. Patutnya shutin..terpaksa tolak hb ari tu,”


Abby Enggan Ulas kritikan dan komen Chef Wan tentang majlis Norman dan Memey yang tak setanding kos.

( artikel Chef Wan kritik majlis Norman dan Memey)

Dalam perkembangan berkaitan, Abby enggan mengulas tentang majlis resepsi perkahwinan Norman-Memey yang dikritik pedas oleh selebriti masakan terkenal Chef Wan baru-baru ini.

Abby menegaskan bahawa dia tidak mahu campur tangan dalam sebarang hal yang membabitkan pasangan tersebut.

“Sorry.. Xnak cakap papelah pasal dorg.. Tiada hasil :P sorry k :).”

Tiada hasil..hehe mcm sinis  je tu hehe…

p/s: Apakah Abby ada masalah cinta jugak ke dengan kekasih hati Zul tu ye…?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Abby Abadi Masuk Hospital Kerana Tekanan”

  1. leeza says:

    hai.. singgah2 jap. saja membaca gosip artis ni.
    salam perkenalan.. berblog walking smbil menyumbang dana…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold