Aaron Aziz Dah Pohon Taraf Penduduk Tetap (PR)

Aaron Aziz sekarang jadi hero malaya, dia lebih popular sebagai hero di Malaysia tak kira dalam filem atau pun drama. Aaron Aziz kini jadi pujaan ramai :) Oleh sebab itulah Aaron Aziz ingin terus menjadikan Malaysia tempat dia mengembangkan kerjaya seni dan sekaligus menjadi tempat tinggal tetap yang sepmurna buat dia dan keluarganya.

Aaron dah bosan dianggap sebagai pendatang asing dan bosan dengan isu warganegara yang selalu dipersoalkan kepadanya, kini dia sudah pun memohon taraf penduduk tetap atau PR pada awal Ogos lalu.

Dia tidak kisah sekiranya keputusannya ini bakal mengundang penerimaan kurang enak buat sesetengah peminatnya di Singapura kerana apa yang penting baginya adalah keutamaan masa depan dia sekeluarga dan isu lain harus diketepikan.

Apa kata Aaron:

“Saya sudah memohon taraf Penduduk Tetap (PR) dengan kerajaan Malaysia pada awal Ogos lalu. Saya dah bosan sebab isu warganegara sering dipersoalkan terhadap saya. Saya buat semua ini pun kerana tidak mahu menoleh ke belakang lagi.”

“Mengapa saya harus berpatah balik kepada kehidupan yang lama sedangkan saya sudah mempunyai kehidupan yang sempurna di Malaysia. Anak-anak saya pun sudah bersekolah di sini. Untuk mendapat masa depan yang lebih cerah, adalah lebih baik saya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia,”

“Seandainya saya diminta membuat pilihan antara kerajaan Malaysia dan Singapura, sudah tentu saya memilih kerajaan di bawah pucuk pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak. Tidak perlu saya huraikan pelbagai alasan kerana semua sudah tahu tentang situasi di sana (Singapura).”

“Di sini rezeki saya lebih baik. Jadi tiada salahnya saya memilih menjadi penduduk tetap Malaysia. Walaubagaimanapun, permohonan saya masih belum diluluskan. Sekiranya memenuhi syarat-syarat yang digariskan, saya rasa mungkin tiada masalah,”

Saksikan Trailer Ombak Rindu – Aaron dan Maya Karin ( 1 dis 2011)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Aaron Aziz Dah Pohon Taraf Penduduk Tetap (PR)”

  1. akubiomed says:

    Sudah cari makan disini elok minta PR

  2. nuriz says:

    org malaysia sayang dia :)

  3. sayacomel says:

    better macam tu. Lebih memudahkan.
    sayacomel recently posted..Comel Serius – Putih Harimau.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold