Aaron Aziz Berlakon Dalam Prince Of The City Bersama Pelakon Hollywood

Aaron Aziz sangat bertuah kerana dapat bergandingan berlakon bersama pelakon Hollywood dalam filem Prince Of The City. Pelakon Hollywood tersebut ialah Michael Madsen yang selalu melakonkan watak jahat, dan muka dia pun memang nampak jahat :).  Madsen pernah berlakon dalam filem James Bond, Kill Bill, Scary Movie 4, Free Willy, Species, Sin City dan byk lagi le.

Filem ini akan diarahkan oleh pengarah tempatan bernama Roslan Husin. Mungkin dia tak sepopular Yusof Haslam atau Mamat Khalid tapi Roslan sudah ada pengalaman dalam bidang perfileman selama 25 tahun. Roslan pernah berlakon dalam drama tempatan dan drama pendekar dulu. Filem ini ditulis oleh Calvin Wong dan digarap oleh Roslan Hussin.

Pengambaran sedang dijalankan dan akan tamat pada 14 Okt 2011. Filem ini diterbitkan oleh Axis Line Entertainment, akan memasuki pasaran antarabangsa, menggunakan 100 % dialog dalam bahasa Inggeris.

Selain Madsen, ada lagi pelakon dan model Amerika Syarikat Tara Wallace akan berlakon bersama bakat baru dari Malaysia bernama Nabihan Yaacob. Pelakon lain yang beraksi dalam filem ni ialah Jehan Miskin dan pengarah Urusan Axis Line Entertainment sendiri iaitu Julian Cheah.

Gambar Michael Madsen dan Aaron Aziz

Temubual media dgn Aaron Aziz

“Saya akan membawa watak sebagai pembunuh upahan dalam filem Prince Of The City yang turut menampilkan Michael Madsen sebagai pelakon utama,”

“Pengambaran ini dijangka mengambil masa selama 18 hari, dan hari ini merupakan hari kedua saya bersama krew produksi Axis Entertainment. Istimewanya, filem ini memaparkan 100% dialog bahasa Inggeris kerana ia bakal dipasarkan untuk pasaran Hollywood. Andai kata filem ini dipasarkan dalam negara, kemungkinan akan dubbin dalam bahasa Melayu,”

“Saya menerima tawaran ini kerana ingin menimba pengalaman dan nak tahu apa kelebihan produksi Hollywood berbanding produksi tempatan. Insyallah, pengalaman itu akan saya serapkan dalam bisnes produksi yang saya jalankan.”

Manakala Madsen memainkan peranan sebagai watak bernama Ben Carlton,  yang membantu watak utama Julian Cheah, Prince Amara, untuk membersihkan namanya selepas diperangkap atas tuduhan membunuh oleh saudaranya sendiri.

Jalan cerita dan sinopsis untuk filem Prince Of The City

Julian Cheah memegang watak sebagai Putera Amara yang berketurunan kacukan Portugis yang dibesarkan oleh seorang jutawan Sarawak. Dia kemdian diperangkap oleh anak kandung jutawan itu sendiri bernama Putera Sibuyan (lakonan Jehan Miskin) atas tuduhan membunuh ayahnya dan seorang wanita AS yang cantik bernama Adele (lakonan Tara Wallace). Putera Amara kemudian terpaksa diasingkan ke luar negara dan bertemu dengan usahawan dan gangster dari New York iaitu Ben Carlton(lakonan Madsen). Ben menawarkan kepada Amara untuk membalas dendam dan merampas kuasa semula dari Sibuyan.

Putera Amara pulang ke Malaysia dan dia kemudia diiringi oleh pengawal peribadi yang tangkas, kacak dan tegap bernama Iskandar (lakonan Aaron Aziz) hehehe…

Pengarah Roslan Hussin

Julian Cheah dan Madsen

Sidang Media

Tara Wallace

p/s: teringat filem lakonan Zul Huzaimy dgn Ady Putra dulu tu tajuk Haq, ala ala filem Hong Kong gitu…filem ni tak tau la pulak cemana..hehe lebih kurang kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Aaron Aziz Berlakon Dalam Prince Of The City Bersama Pelakon Hollywood”

  1. APAN says:

    uish…ngan hollywood lak skang…
    APAN recently posted..Pindah Dosa Kepada Ayam

  2. akubiomed says:

    Peluang menimba ilmu dengan produksi antarabangsa.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold