Video Anwar Rakaman CCTV Berwarna Tersebar di Internet

Tersebar pulak di internet dan you tube video rakaman cctv Anwar dan Eskay, kali ni CCTV tu berwarna dan tidak hitam putih seperti sebelumnya. Cuma video ini bukan video seks, tetapi video Anwar dan Eskay sedang berjalan dan masuk ke dalam lif.

Tarikh dan masa sama seperti video hitam putih sebelum ini. Boleh lihat dengan jelas baju yang dipakai Anwar iaitu kemeja berwarna dan bercorak. Manakala Eskay berpakaian warna gelap.

Baju dalam video hitam putih sebelum ini baju Anwar agak cerah dan baju Eskay pun masuk ke dalam dengan tali pinggang.

Nilai le sendiri keadaan baju mereka..haha!! adoiiii macam2 le hal politik sekarang nih…

Berita Malaysia kini

Akan tersiar satu lagi video seks Anwar bertarikh 13 hb Januari 2011 kelak…

Video seks Datuk T muncul semula di Internet hari ini ekoran muat-naik rakaman CCTV yang dikatakan menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran video  seks baru bertarikh 13 Januari 2011.

Penulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebutnya, rakaman “eksklusif” yang menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.

Dalam blog tersebut, klip rakaman itu disunting untuk memautkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan minit-minit akhir lelaki, yang dikatakan Anwar, mengenakan pakaian dan beredar, dengan tanda masa yang menunjukkan ianya urutan peristiwa tersebut.

Bagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan
dalam video seks berkenaan.

Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan).

Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah.

Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio ‘Datuk T’ dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Video Anwar Rakaman CCTV Berwarna Tersebar di Internet”

  1. anot t says:

    pelik gambar anwar depan lif baju kotak2. dlm video seks dia pakai baju lain pula? camne ni eskay? kenapa video depan lif ni tak dedah masa dedah video seks dulu

  2. zulhafiz says:

    Dlm bilik rambut pendek , kat lif rambut panjang

  3. zinfaiz says:

    MasyaAllah, laa haula wala qawwata illa billah. Kalau politik semacam ini diteruskan, negara ini bakal menerima azab Allah yang amat pedih. Kasihan dengan orang-orang yang tak berdosa

  4. dan says:

    gmbr 1 lg bju cerah plak..adoih..ini pnipuan bodoh ape mcm ni ni

  5. mike says:

    cctv dlm lif tu mmg mereka berdua… cume lokasinya tidak sama.. & atas urusan yang berbeza.. MEREKA saje nak hubungkaitkan cctv di lif dgn video seks tu

  6. nezaa says:

    masuk apartment video ada kaler…
    masa main kaler hitam putih…
    masih ada yg percaya?

  7. sensei says:

    btul ke nih..bnyk plak vid anuar nih..

  8. KANTOI!KANTOI!korang nak nipu lagi ka…aku x baca internet leh ah aku percaya

  9. pandagan je says:

    MERBAHAYA UNTUK KITA PERCAYA VIDEO DATUK T NI…

    BAYANGkAN HARI NI DIA MUSUH ANWAR MAKA DIA BUATLAH TOPENG YANG MENYAMAR JADI ANWAR BUAT VIDEO SEKS ANWAR…

    BESOK-BESOK DIA MUSUH NAJIB..DIA BUAT PULA VIDEO SEKS NAJIB….

    BESOK-BESOK DIA MUSUH Muhyiddin,DIA BUAT VIDEO SEKS Muhyiddin…

    MAKA KALAU HARI INI KITA HUKUM ANWAR TANPA BUKTI YANG RELEVEN..

    BESOK-BESOK MEREKA BUAT TERHADAP PEMIMPIN -PEMIMPIN KERAJAAN..SUDAH TENTU HURU-HARA NEGARA KITA…

    TOPENG MENYERUPAI SESIAPA BOLEH DI BUAT…MACAM JUGA FILEM “CINTA KOLESTROL” ERA BOLEH JADI GEMUK…TEKNOLOGI NAK MENGENAKAN ORANGKAN CANGGIH ZAMAN SEKARANG

    ( KOMEN INI HANYA BERSIFAT PANDANGAN SAHAJA )

  10. APAN says:

    mmg lain tuh…
    APAN recently posted..New Album Daripada Mat Luthfi

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold