Filem Karipap Karipap Cinta dan tayang pada hari Merdeka lalu, bersaing dengan filem Hantu Bonceng. Tapi orang banyak cerita pasal kejayaan pecah panggung Hantu Bonceng. Nampaknya Karipap karipap cinta yang dipromosi tak sehebat macam dalam novel. Tengok trailer Karipap Karipap Cinta ni memang hancuss..tak best langsung, takdak selera nak tengok. Tahap zaman 80 an rasanya.
Sekali tengok macam drama drama biasa kat tv je. Filem Hafsham Soal Hati lagi lawak dan best. Emm… tak tau la apa tak kena dengan Karipap karipap cinta ni macam tak dak ummphh!!
Pelakon perempuan Melia Amelia membawa watak sebagai gadis bertudung pelajar Universiti Al Azhar tapi tak menggambarkan sebagai gadis sopan bertudung litup. Tudung dia ala ala nampak jambul.
Kesimpulan..tengok trailer pun tak menarik..tak teringin rasanya nak tengok..
Berapa kutipan filem ini? mungkin tak sebanyak filem Hantu Bonceng yang ditayangkan serentak.

Gambar Melia Aimelia

Biodata Melia Aimelia
Nama penuh : Noor Melia Aimellia Zaidi
Panggilan manja: Melia
Tarikh Lahir : 7 November 1993
Adik Beradik : anak sulung dari 2 beradik
Asal: Sentul Kuala Lumpur
Kerjaya : pelakon
Idola: Fauziah Ahmad Daud, Erra Fazira dan Scha Al Yahya
Drama: Ampunkan Daku , Silap Menghitung
Filem : Karipap karipap Cinta
September 3rd, 2011
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Nice video,thanks for sharing this video with us,keep up blogging…
kutipan hantu bonceng katanya melebihi kutipan transformers 3. hebat betul!! teringin gak nak tengok hantu bonceng, bukan sebab ada zizan, tapi sebab ada pelakon baru bernama Tai
dia pernah berlakon dlm Sini Ada Hantu. lakonan dia memang sempoi
Amirez recently posted..Wordless Wednesday #7
Tai tu yang rambut dia kerinting2 tu ek?
Tai yang pegang watak Kunyit tu….
yang gemuk2 tu
dia memang pelakon bagus
sebab dia bermula daripada teater
ku pergi tgok Hantu Bonceng pun sebab ada dia…
Karipap-karipap cinta… trailer memang kurang menarik..tapi citer keseluruhan best! first class! citer sejibik macam dlam novel!
yea mungkin karipap karipap cinta promosi dia kureng kut …
..betul …
barisan plakon x brapa femes kut …tapi garapan pengarah othman hafsham memang best dan puas hati …para penggemar novel nie sila ar tgk
hantu bonceng pun best …dua-2 best cuma dari segi kutipan ..almaklum ar zizan kan baru abis maharajalawak ..auranya dia ada lagi ,,huhu ..rezki dia ..dlu msa dia lakon cite-cite ntah hape2 ntah contoh KAPOWW.. …tp kali nie cantekkkk …
ahmad idham berjaya gakz huhu ..sentuhan sebelum nie niyang rapik …aku masih dara…pastu damping malam …x menjadi ..peapun pd smua tgk dan nilai sendiri …selamat menonton .,..
karipap karipap cinta 4 bintang
hantu bonceng 4 .5 huhu
sebenarnya cerita kkc nie memang i dh lama tggu ..bile dgr ura2 nk wat filem ..sukerrnya ..
walaupun x suke ngan watak sarah yg pakai tudung camtu ..tp jalan cerita ..garapan filem nie terbaikkkk…cume len kali watak dan perwatakan biar diperhalusi ..i mendambakan sarah tue ala-ala heroin nur kasih …ooo ketika cinta bertasbih hehe
pepun kkc memang enjoyy dan caiyokk ..pas abis tue tetiba teringin nk makan karipap ..patut dorang kena bg karipap free hehe ..
karipap > 4 bintang
hantu bonceng ..esok mlm baru nk gi tgk ..
ini review saya untuk filem karipap2 cinta
Review Filem Karipap – Karipap Cinta Disini