Thailand Dilanda Banjir 91 Orang Maut

Banjir di Perlis suda semakin reda, namun dengar berita banjir di negara jiran kita iaitu Thailand semakin buruk. Agak membimbangkan jika banjir di Selatan Thai berjangkit ke negeri negeri belah utara ni. Jenuh nak angkat barang barang pulak, dan berpindah randah. Memang agak merisaukan orang orang belah utara ni apabila dengan banjir di Thailand tu.

Banjir di Thailand September 2011

Hujang lebat yang berterusan menyebabkan Thailand dilanda banjir dan sekarang berada di tahap berwaspada. Sehingga hari ini bangkok post melaporkan seramai 91 orang maut kerana banjir dan 2 orang masih lagi hilang.

Empat wilayah di Thailand yang dilalui sungai Chao Phya adalah yang teruk dilanda banjir. Penduduk yang menetap di sekitar Yom River, semakin kritikal akibat paras air sungai yang semakin naik.

Penduduk di wilayah Satun, Trang, Songkla, Phattalung telah diberi amaran supaya berjaga-jaga kerana kemungkinan berlaku tanah runtuh beberapa hari ke depan. Kementerian Sumber Mineral Thailand meluaskan kawasan amaran kepada 12 kawasan.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra sudah mengarahkan pihak berwajib untuk memberikan bantuan kepada mangsa mangsa banjir. Banyak tanaman tanaman dan ternakan musnah akibat banjir yang melanda.

Secara keseluruhan 1,204,358 orang di 166 daerah daripada 30 wilayah terjejas oleh banjir. Pihak berwajip sedang memantau paras air di beberapa empangan besar.

Empangan Bhumibol kini berada pada 86 peratus kapasiti, Empangan Sirikit dan Pasak Dam Chalsit setiap satunya berada pada 95 peratus, dan Kwae Noi Bamrung Dan Empangan kapasiti air penuh pada 102 peratus.

Sumber : Bangkok Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Thailand Dilanda Banjir 91 Orang Maut”

  1. zik says:

    takziah diucapkan.. buat warga thailand…
    zik recently posted..I believe lyrics maher zain feat Irfan Makki (some explanation)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold