Terkini Banjir di Perlis: UPSR tetap diteruskan esok

Terkini mengenai banjir di Perlis, sekurang -kurangnya 300 lebih mangsa banjir dari 90 buah kampung terlibat dengan banjir pada September ni. Beberapa hari lalu hujan lebat melanda utara tanahair, jumlah 100 orang semalam meningkat kepada 300 mangsa banjir. Bagaimanakah nasib pelajar pelajar murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok?

Empat pintu empangan dibuka kerana banjir

Banjir melanda di Perlis 300 mangsa terlibat

Berita lanjut:

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetap diteruskan esok walaupun beberapa kawasan di negeri ini mula dilanda banjir.

Pengarah Pelajaran Negeri, Dun Kasa berkata, sehingga pagi ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk membatalkan peperiksaan tersebut.

“Sehingga kini keadaan banjir di pusat peperiksaan masih terkawal dan kita telah mengarahkan Guru Besar sekolah terlibat untuk mengadakan peperiksaan itu di tingkat satu atau kawasan yang lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

- Utusan


Kangar  12hb Sept

1.Jumlah mangsa banjir di Perlis yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan meningkat kepada 470 orang sehingga pukul 12 tengah hari ini.

2. Angka itu meningkat berbanding kira-kira 350 mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir pada sebelah pagi.

3. Mereka ditempatkan di 13 buah pusat pemindahan mangsa banjir iaitu enam pusat pemindahan di Padang Besar, empat di Arau dan tiga di Kangar.

4. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut meninjau kawasan-kawasan yang dilanda banjir serta bertemu dengan mangsa-mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.

Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil meninjau dua buah sekolah di kawasan Arau yang dilanda banjir iaitu Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sheikh Ahmad.

5. Baginda berdua kemudiannya melawat Klinik Kesihatan Gial yang ditenggelami air dan bertemu mangsa-mangsa banjir di kawasan Titi Tinggi dan Chuping.

6. Turut menyertai baginda pada lawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri Perlis Sabry Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Azizan Hamid.


KANGAR 13 Sept.

1. Keadaan banjir di utara Perlis semakin pulih namun di sekitar Kangar masih bertahan sehingga pagi ini.

2. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata, jumlah mangsa yang masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan.

3. Sehingga kini, sebanyak 522 mangsa masih berada di 14 pusat pemindahan iaitu sembilan di Kangar, empat di Arau dan sebuah di Padang Besar.

4. Angka itu berkurangan berbanding 694 mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan malam tadi.

Jumlah mangsa banjir dijangka terus berkurangan berikutan cuaca cerah hari ini.

5. Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu turut meninjau kawasan yang dilanda banjir hari ini serta melawat sekolah-sekolah yang digenangi air.


Sumber- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Terkini Banjir di Perlis: UPSR tetap diteruskan esok”

  1. Pacifista says:

    dugaan bagi calon upsr di perlis.Insya Allah dengan dugaan ni calon2 berjaya dalam upsr tahun ni :)
    Pacifista recently posted..Highlight Bonus Pacifista

  2. akubiomed says:

    Kalau tidak buat ujian nanti kena kuarantin pula dan ramai pula tuh :-)

  3. yas says:

    masa yang membuatkan para ibu gelisah yg amat sangat…

    #Pakaian payah nak kering woooo….
    yas recently posted..Iqbal Fahreen~ Anak Istimewa…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold