Sofiyya Slot Akasia TV3 ( akan datang)

Sebuah drama baru di Tv3 untuk slot Akasia bertajuk Sofiyya akan datang dengan 28 episod. Sofiyya menampilkan pelakon hebat Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara Aisyah, Hilal Azman, dan Syazwan Zulkifli(apek Juvana). Sofiyya ni mesti ganti Kasih Alia yang tak lama lagi akan tamat, dijangkakan Sofiyya akan ditayangkan pada 21hb September 2011 ni, jam 7 malam, Isnin hingga Khamis.

Dalam cerita ni nampaknya Tiz Zaqyah bawa watak Sofiyya (kompem) Tiz ada pakai uniform pelajar sekolah, mungkin cerita dari zaman remaja. Sofiya diganggu dan menjadi mangsa dengki khianat Fiona lakonan Izara Aisyah yang membawa watak hitam yang jahat.

Fizo Omar pulak jadi peguam, mungkin dia jadi peguam kepada Sofiyya lalu dia jatuh cinta kat Sofiyya..namun dia telah bertunang dengan Fiona lakonan Izara Aisyah.

Syazwan Zulkifly pulak tengok dalam gambar ni dia pun sekolah sama dengan Sofiyya (Tiz). Lepas tu ada gambar dia berambut panjang, emmm Apek Juvana ni nak jadi jahat lagi ke dalam Sofiyaa? tunggu nanti ye..

SINOPSIS  (dikemaskini)

Sofiyya seorang gadis yang lincah dan periang tinggal di sebuah kampung dengan bapanya bernama Sulaiman seorang doktor. Ibu Sofiyya nama Aisyah pulak sering sakit sakit.  Selepas satu kejadian hitam berlaku dalam hidup Sofiyya, dia sering kelihatan murung dan bersedih, dan suka mengasingkan diri, serta tak seceria dulu.


Rupanya Sofiyya menjadi hamba seks dan didera oleh bapanya sendiri iaitu Sulaiman, bapanya jugak sering mendera ibunya kerana enggan bersama. Ibunya yang sakit telah meninggal dunia. Tinggal lah Sofiyya dengan bapanya di rumah, dia sentiasa dikurung dan dituduh ambil dadah, hingga orang kampung percaya.


Sampai ke satu tahap Sofiyya tak tahan lagi dan bergelut dengan bapanya dan dia telah menikam bapanya bertubi tubi hingga mati.

Yaya dibicarakan dan dibantu oleh seorang peguam muda, Ilyas (Fizo Omar). Yaya didapati bersalah dan ditahan di pusat juvana. Di sana, Yaya sering menjadi mangsa buli. Dalam mengharungi keperitan dalam hidupnya, Yaya berpaut kepada kasih sayang Ilyas yang tidak pernah berputus asa berikhtiar untuk membebaskannya daripada hukuman.


Kebahagiaan tidak berpanjangan bagi Soffiya apabila Ilyas terpaksa akur dengan kehendak tunangnya Fiona (Izara Aisyah) untuk mengikutnya ke New York. Soffiya ditinggalkan tanpa sebarang pesanan. Selepas 3 tahun, Soffiya dibebaskan dan mahu memulakan kehidupan baru dengan nama Sofi.


Sofi yang masih mencari arah tuju dalam hidupnya telah bertemu dengan Kak Ton yang aktif dengan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO). Kebaikan Kak Ton berjaya mendapat kepercayaan Sofi untuk menerima bantuannya. Kamal (Azhar Sulaiman) yang sering mengunjungi warung Kak Ton tertarik dengan keayuan Sofi dan mahu mengenalinya secara dekat.


Sofi bersikap dingin dan meragui niat sebenar Kamal kerana enggan dilukai dan dikhianati lagi. Dengan berkat Kak Ton, akhirnya keikhlasan Kamal berjaya membuka pintu hati Sofi dan menerima lamarannya. Sofi dilimpahi dengan kasih sayang Kamal dan sangat terharu apabila Kamal telah merealisasikan impiannya dengan menubuhkan sebuah pertubuhan amal untuk berbakti kepada gadis-gadis yang teraniaya sepertinya dahulu.


Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya, Ilyas muncul sebagai suami kepada anak tirinya, Fiona. Fiona enggan menerima Soffiya sebagai pengganti tempat ibunya dan sering mencari jalan untuk menjatuhkannya. Melalui seorang kenalan lama Soffiya, Fiona mula menyiasat latar belakang Soffiya. Ilyas pula tidak dapat membendung rindu dan cintanya apabila bertemu kembali dengan Soffiya. Fiona dan Ilyas selalu bertengkar kerana Ilyas selalu membela Soffiya.

Dapatkah Sofiyya mengharungi hidup dengan menempuh pelbagai konflik, saksikan drama Sofiyya  di TV3

Sofiyaa Tv3 Akasia Tiz dan Izara


Syazwan apek Juvana



Gambar gambar menarik pelakon pelakon dalam Sofiyya

Tiz (Sofiyya) tidur di jalanan dalam Sofiyya

Sofiyya kena dera…ciannn

Pelakon pelakon dalam Sofiyya (AKASIA Tv3)

Pelakon Hilal Azman sebagai bapa Sofiyya yang jahat

Trailer / promo Sofiyya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Sofiyya Slot Akasia TV3 ( akan datang)”

  1. ayung says:

    nak abis dah cita kasih alia nih..huhu

    ehhh, ada tiz la…mesti best nih:)

  2. mazz says:

    kesian kt sofiya ni kena rogol dengan bapa dia sendiri eeee jahatt betul bapak dia

  3. simple macaroni and cheese recipe…

    [...]Sofiyya Slot Akasia TV3 ( akan datang) | nurizspace[...]…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold