Siti Nurhaliza Pun Tengok Hantu Bonceng

Penyanyi no 1 Malaysia Datuk Siti Nurhaliza pun pergi tengok Hantu Bonceng kat pawagam. Hebat betul penangan Hantu Boceng ni. Siti minat Zizan Raja Lawak kot heheh!! Siti Nurhaliza telah meluangkan masa menonton di GSC Pavilion.  Siti pergi menonton di pawagan GSC sekitar jam 12.50, dan kira -kira 150 orang memenuhi pawagam itu pada 5 September.

Meh baca apa komen Datuk Siti mengenai Hantu Bonceng:

“Jalan cerita filem ini juga menarik. Walaupun menonton agak lewat malam, tetapi saya masih boleh ketawa dan cukup menyukai filem komedi ini,”

Ahmad Idham merasakan kehadiran Datuk Siti dan suami adalah satu penghargaan kepada filemnya dan jugak kepada kru kru yang terlibat dalam menjayakan filem tersebut. Ini menjadi bukti yang penyanyi popular itu menyokong industri filem tanahair kita.

Kutipan Hantu Bonceng terkini sejak ditayangkan pada 31 Ogos lalu sehingga hari ke 5 ialah RM 5 Juta. Jumlah orang yang menonton filem Hantu Bonceng lebih kurang 200,000 di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Tinjauan dibuat mendapati jualan tiket Hantu Bonceng telah habis dijual pada hari pertama tayangan di sekitar Kuala Lumpur dan di seluruh Malaysia.

Gambar Siti Nurhaliza pegang tiket wayang Hantu Bonceng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Siti Nurhaliza Pun Tengok Hantu Bonceng”

  1. tipskerjaya says:

    aku kalau zizan berlakon memang bestlah,,, nak nak pulak dia yng hero lagi best

  2. [...] Menarik jugak apabila Siti Nurhaliza pun ada pergi menonton Hantu Bonceng [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold