Sinopsis Klip X 3gp

Mimi One Nation Emcees adalah pelakon dalam filem Klip X 3gp, selain tu turut sama berlakon dalam filem ni ialah pendatang baru Sara Ali. Mimi diberikan watak sebagai gadis liar yang ganas dan beraksi lucah dalam Klip X 3gp. Mimi perlu melakonkan aksi bogel, namun Mimi tidak lah berbogel betu betul. Ada jugak lakonan yang diambil alih oleh pelakon lain seolah olah dia yang berlakon.

Kata Mimi “Sebetulnya, Mimi tidak bogel. Ia hanya kelihatan seolah-olah Mimi seperti berbogel. Ada perkara yang Mimi tidak lakukan sendiri dan menggunakan pelakon pengganti yang kelihatan seperti Mimi”.

Sinopsis

Ada 4 kisah dalam Klip 3gp yang ditulis oleh Sofea Aliza. Filem ini memaparkan perkara benar yang telah terjadi di kalangan masyarakat kini berhubung penyalahgunaan teknologi. Kisah pertama ialah mengenai Eddie yang menikmati kejayaan dalam perniagaan internet pada usia 20-an.

Kisah kedua ialah tentang Maya Akhtar lakonan (Mimi) seorang wartawan yang komited kepada kerjayanya, tapi malang sebab dia menjadi mangsa ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Kisah ketiga ialah tentang Suria, Mina dan Zakiah, tiga gadis remaja yang keluar malam untuk berhibur tetapi telah mengalami peristiwa yang menyeramkan apabila mereka diganggu makhluk halus.

Kisah ke empat ialah mengenai Sandra seorang pelajar yang menjadi mangsa deraan Jefri. Suatu hari Sandra telah diperkosa oleh sekumpulan lelaki bermotosikal ( mat rempit) yang diketuai oleh Jefri dan abang kandung Sandra sendiri bernama Burn. Mereka merakamkan kejadian rogol itu dalam telefon bimbit.

Kisah mereka berempat ini berbeza beza tetapi saling berhubung kait antara satu sama lain, kisah penyebaran video klip 3gp yang meluas dalam masyarakat melalui internet. Kisah mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Sinopsis Klip X 3gp”

  1. awien says:

    kena ke buat gmbaq cam ni suma ? tak paham btoi la .

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold