Sinopsis Jiwa dan Lara (Samarinda TV3)

Drama Jiwa dan Lara yang ditunggu tunggu di slot Samarinda tv3 lakonan Aaron Aziz, Neelofa, Faezah Elai dan Fauzi Nawawi, kisah cinta 3 segi dengan 25 episod. Jiwa dan Lara menggantikan drama Ramadhan Terakhir yang dah tamat. Para peminat fanatik Aaron Aziz..bersedia..haha!! tengok promo Jiwa dan Lara kat tv3 hari tu nampak cam best jer..

Pelakon utama Jiwa dan Lara, Neelofa dan Aaron Aziz.

Sinopsis Jiwa dan Lara



Drama ni mengisahkan persengketaan dan dendam antara 3 orang ni iaitu Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80-an lagi hingga kini. Zaman(lakonan Aaron Aziz) ni penjenayah yang berjaya lepaskan diri dari pihak polis. Zaman kemudian melarikan diri bersembunyi di ladang getah.

Zaman terlibat dalam kemalangan dan dibawa tinggal oleh Baha yang melanggar Zaman. Di rumah Baha, ada Lara yang tak suka kat Zaman. Dia sangat bijak mengatur strategi hingga dapat mempergunakan Fakir , bos tempat dia kerja di ladang getah tu.

Jiwa pulak menganggap Zaman pesaing dan curiga dengan kebaikan Zaman, Jiwa( lakonan Fauzi Nawawi) seorang mandur di ladang getah tu dan dia jugak mencintai LARA(lakonan Neelofa). Hubungan mereka mula renggang, Lara mula rapat dengan Zaman, Lara terjerat dengan kata kata manis Zaman, dan terlanjur.

Zaman berusaha untuk hapuska Jiwa, dia memukul dan mencampakkan Jiwa ke gaung. Kini anak tunggal bos, bernama MARINI (lakonan Faezah Elai) dia sudah pulang dari luar negara. Zaman nak bolot harta Fakir dan nak mengahwini Marini, dia menyisihkan Lara yang cuma penjual bunga.

Marini dipaksa kahwin dengan Zaman, Marini setuju sebab dia pun terlanjur dengan teman lelaki dia di luar negara. Zaman sudah tidak mendapat kepercayaan dari Marini dan Faakir, dia mula bertindak ganas membunuh Fakir untuk membolot harta Fakir.

Setelah 30 tahun, Zaman telah menjadi kaya dia telah menukarkan nama kepada Bakhtiar Murshid, dan dia mempunyai empayar perniagaan yang besar. Jiwa yang jatuh ke dalam gaung, diselamatkan oleh orang asli. Jiwa pun kembali bertemu Zaman dalam dunia perniagaan.

Jiwa mula menjejaki Lara kekasih dia yang amat dicintai dulu…
Saksikan Jiwa dan Lara di tv3 pada 13hb September 2011 . Jam 10.30 malam dalam slot Samarinda.

Pelakon Jiwa dan Lara

komen Nuriz:

Kenapa Aaron Aziz jadi jahat pulak dalam ni huhu.. macam tak kena je, patut Aaron Aziz jadi hero le jadi Jiwa ke. pastu dia dengan Neelofa..hehe baru padan. Fauzi Nawawi macam tak padan je jadi Jiwa watak baik, sebab muka dia memang ganas selalu dapat watak jahat.

Drama melayu memang masih typical lagi..cerita cinta 3 segi, dunia korporat , perebutan harta, cinta 3 segi, dunia korporat dan perebutan harta…kereta besar rumah besar, duit juta juta..pusing pusing balik hat tu jugak le..nasib baik ada aaron aziz..kalau tak..emm maleh nak tgk heheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Sinopsis Jiwa dan Lara (Samarinda TV3)”

  1. anis alya says:

    tengok je la best ke tak ceritanya kan…

  2. [...] SINOPSIS JIWA DAN LARA ( sudah update ) Neelofa dan Aaron Aziz [...]

  3. macamnilah says:

    jom lepak ke blog sy, ade pelbagai info2 terkini lagi hangat di blog sy,
    info hari ini.
    myvi 1.5 dilancarkan.
    cukai 6% : rais yatim bawa bantahan pengguna ke kabinet,
    gambit akui ade sebut anjing, babi, susulan video klip marilah menari,
    dan pelbagai info2 terkini lagi sengsasi yang ada,
    jom terjah blog saya,

  4. eryati says:

    wah nak tengok ni…mmg x padan plak aaron ni jadi jahat…fauzi yg ngam jadi penjahat..eheheheh

  5. W.R says:

    aaron aziz lagi wah makin laku lakonan mamat encem nie…hihihi..:)

  6. atzieda says:

    asyik berlakon drama jadi baik jer…kdg2 muak gak.ok la nieh.variety dlm lakonan.

    • nurizspace says:

      aaron aziz pernah jadi jahat dalam kl drift kan, memang dia berlakon jahat pun dia boleh..betul la jugak tu ada variety dlm lakonan

      • hanie says:

        watak jahat dlm film takpe la sgt sb jln cita kejap je..but drama kan pjg sikit cite nyer..teringin nk tengok balik watak cam drama nora elena..

  7. hanie says:

    nape la aaron maen watak jahat..dh la lama nak tunggu saat2 dia kuar tv tup2 kena lakon watak jahat la pulak..nora elena is still the best..

  8. nurizspace says:

    boleh tahan lawak skrip antara Zaman dan Jiwa malam tadi..

    Jiwa: nama apa tadi..Taman

    Jiwa dan Zaman saling mencurigai dan saling berhati-hati dalam diam.

    Cepatnya Lara jatuh cinta kat zaman..scene romantis di wad hehehe

  9. nuralin says:

    JiwadanLara drama biasa berlatarkan komplot dalam dunia korporat cuma ia bermula dr bawah. Hehe cuma kenapa tidak Aaron dijadikan watak baik sebab selalu sangat dia melakonkan watak gangstar. Scene romantik Aaron dgn Lara mmg sentiasa dinanti walau si Zaman tu mmg ada niat jahat. Apapun kena tengok juga drama ni, sebab mungkin ada sebabnya dan sebab yg telah dan akan berlaku. Harap ia berbaloi :)

  10. al hadi says:

    x best klu ending jiwa bersatu semula dgn lara yang sombong dan bodoh tu…

  11. nafisa81 says:

    oklah tu..dah selalu sgt jadi org baik…kenalah jadi jahat pulak..kalau tak nnt lakonan sama je..tp muka si jiwa tu takde langsung ciri2 orang baikkk…hahaha

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold