Shah Jaszle Bercinta dengan Miera Liyana

Sekarang tengah hangat kisah pengakuan Shah Jaszle bercinta dengan Miera Liyana, sebelum ni dia pernah digosipkan bercinta dengan Neelofa selepas putus cinta dengan Maria Farida. Neelofa jugak dikatakan menjadi punca hubungan dgn Maria Farida terputus, tapi Neelofa menafikan hal itu.

Muka Miera ni nampak cam muka Maria Farida pun ada gak..memang cari jenis muka sepesen kot :) taste Shah Jaszle le ni gamaknya

Betul ke Shah Jaszle bercinta dgn Miera Liyana( pelakon remaja yang seksi) ni, dalam blog hiburan banyak gambar gambar Miera Liyana dengan boifren dia tapi bukan dengan pelakon Asmara ni. Mungkin Miera ni dah putus dengan boifren dia kot pelakon drama Lash Mohktar tu.

Pengakuan Shah Jaszle petikan dari gua.com.my

Keistimewaan Miera Liyana di mata Shah Jazsle..kuang kuang kuang!!

Mereka berdua sudah saling mengenali sejak lapan tahun lalu. Kedua-duanya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail. Ketika itu, Shahz Jazsle di Tingkatan 5 manakala Miera Liyana di Tingkatan 2.

Walaupun menyukai Miera pada waktu itu, Shahz terpaksa mengalah kerana kawan baiknya juga berminat pada Miera.

Persahabatan mereka terjalin semula apabila kedua-duanya menjadikan lakonan sebagai kerjaya. Namun begitu, status mereka sekadar kawan biasa. Sehinggalah Shahz putus dengan Maria Farida. Lapan bulan selepas itu, mereka mula rapat.

“Sebenarnya saya kenal Miera sewaktu dia belajar dalam tingkatan dua dan saya tingkatan lima. Memang minat itu ada tapi ketika itu dia sedang berkawan rapat dengan kawan baik saya.

“Kisahnya saya dan kawan baik saya itu bercadang keluar sama. Kawan saya cakap dia mahu membawa teman rapatnya sekali. Saya sendiri tidak tahu siapa. Apabila dia muncul bersama Miera, saya diam saja,”

Selepas tamat pengajian dan membawa haluan masing-masing, dia tidak tahu bagaimana perkembangan Miera sehinggalah mereka ditemukan dalam Luna Fantasiku.

Selepas tamat pengajian dan membawa haluan masing-masing, dia tidak tahu bagaimana perkembangan Miera sehinggalah mereka ditemukan dalam Luna Fantasiku.

“Dunia ini kecil. Pusing-pusing akhirnya bertemu semula. Bagaimanapun, waktu itu kami ibarat bertemu rakan lama. Lalu peluang itu saya gunakan untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita apa yang berlaku selepas saya meninggalkan zaman persekolahan. Waktu itu Miera bagaimanapun berkata, dia sedang berkawan dengan seorang lelaki. Jadi kami terus berkawan lagi”

“She’s nice. Tak plastik. Saya tak kisah jika orang tak suka dia. Saya juga tak kisah apa orang nak cakap tentang dirinya atau kontroversinya,” jawab Shahz saat ditanya apa keistimewaan Miera.

“Karektor dia juga memikat saya. Dia seorang yang sempoi dan mudah untuk ‘communicate’ dengannya. Jangan lihat usianya yang muda. Bila topik yang dibualkan sesuatu yang serius, dia boleh serius.

“Sekarang susah nak cari perempuan yang baik. Di dalam industri ini, saya dikelilingi perempuan cantik tetapi kecantikkan tidak menjaga kita.”

Mereka bergandingan dalam filem RENTAZ arahan Mamat Khalid. Bak kata Mamat Khalid lakonan mereka nampak serasi dan semula jadi. Betul le tu depa dua ni memang tengah bercinta sakan le.. baca sini kisah filem RENTAz

Pengakuan Miera

Bagi Miera, dia sangat selesa dengan Shahz yang dilihat seperti dirinya, seorang yang sempoi. Dan bukan disebabkan populariti Shahz yang membuatnya terpikat. Malah, kalau boleh dia ingin lari daripada bercinta dengan orang dalam industri.

Bagi Miera pula, apa yang berlaku antara dia dan Shah Jaszle seperti sudah ditakdirkan.

“Saya takut sebenarnya, selepas putus cinta dengan bekas kekasih dulu, saya tidak bercadang untuk bercinta dengan sesiapa buat sementara waktu. Namun takdir tiada siapa yang tahu. Saya bagaimanapun cuba menerima hubungan ini secara berpada-pada, maksudnya tidak mahu terlalu taksub,”

Waktu sama, Miera meluahkan rasa bimbangnya kalau-kalau hubungan mereka terlalu diperbesar-besarkan.

“Saya tidak mahu timbul sebarang salah faham. Saya senang dengan Shah kerana dia seorang lelaki matang, berdikari dan rajin. Lagipun dia juga banyak mengajar dan membimbing saya dalam dunia lakonan”

Begitupun Miera tidak menafikan dia pernah menyimpan perasaan terhadap Shah Jaszle sejak zaman sekolah lagi tetapi disebabkan ketika itu dia lebih dulu berkenalan dengan teman baik Shah Jaszle, perkara itu dipendamkan saja.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai gandingannya dengan Shah Jaszle dalam Rentaz, Miera berkata, mereka begitu seronok membintangi filem itu apatah lagi dibimbing Mamat Khalid.

Mungkin disebabkan mereka sedang bercinta, ia memudahkan lagi penghayatan mereka terhadap watak masing-masing. Seloroh seorang teman, mungkin itu sudah ‘rezeki’ Mamat Khalid!

Miera dgn Lash Mokhtar

Miera dengan bekas kekasih, Lash Mokhtar

Profil Shah Jazsle

Nama Penuh: Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin
Panggilan: Shah Jaszle
Tarikh lahir: 30 Julai 1988
Usia: 23 Tahun
Asal: Kampung Baru, Kuala Lumpur
Pendidikan: Diploma Masakan Kolej Komuniti
Pekerjaan: Pelakon, model

Drama: Anak Emak, Dari Mata Ke Hati, Bila Mama Pakai Celana,
Mistik Alam Hitam, Pondok Ingatan Cinta, Kemaafan Sakura, Tari
Tirana, Asmara, Gemilang, Tahajjud Cinta, Naratif Cinta, Luna Fantasiku, Bola Cinta, Telah Dihalalkan Epal Itu, Pengantin Untuk Dijual, Ayu Suraya.

Filem: Azura, Rentaz
Pencapaian: Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

PROFIL MIERA LEYANA:

Name Penuh: Miera Leyana Kasmi
Panggilan: Miera Leyana
Tarikh lahir:28 Ogos 1993
Usia: 18 tahun
Asal: Johor Bahru, Johor
Kerjaya: Pelakon, model

Drama: Luna Fantasiku, Bio-Nik, Apa Itu Cinta, Ceria Ceria Cikgu Rubina, Kecuali Cintamu, Kamelia Katrina, Ada Ubi Ada Batas, Kamelia Katrina, Aalia, Sejambak Bukan Serumpun, Nana Naruto

Filem: Apokalips, Rentaz
Peragaan: Vinci, Voir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Shah Jaszle Bercinta dengan Miera Liyana”

  1. W.R says:

    lorr suka2 dia je nak tukar couple hihihi..:)

  2. i m also want to make a love with her,..,,.,.really

  3. macamnilah says:

    aiseyy tak kenal ler, huhuhuuu,.
    jom singgah ke blog sy ade pelbagai info2 terkini lg sengsasi,
    info terkini panas dari ladang,
    15,000 pekerja MAS bakal adakan piket,
    kapal turki iringi kapal misi bantuan Gaza,
    ”saya pondan istimewa / Natasya .
    dan pelbagai info2 terkini lagi sengsasi di blog saya,
    jom ramai2 terjah blog sy,

  4. Juan says:

    shah jazle berlakon dalam citer gemilang aku suker watak dia, good

  5. titan says:

    emm..entahlah. bab artis berdua nih..malas aku nak komen. tunggu dan lihat aje.
    titan recently posted..Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com

  6. sharmen says:

    kalau dh tngkap cintan tue…..teruskanlh….cantik jugak amoi ni…

  7. [...] Shah Jaszle mengaku ada hubungan cinta dengan Miera Liyana [...]

  8. MARSHALL says:

    budak2……jalan xbengkok lagi….
    jauh n xlayak nak bercerita ttg tunang,,kawin or what ever lah..
    lbh baik muhasabah diri..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold