Shafnie Bekas Isteri AC Pinjam Duit Tak Cukup Nafkah Anak

Shafnie bekas isteri AC Mizal ada meminjam duit dari ibunya berusia 62 tahun kerana tak cukup duit nafkah perbelanjaan anak anaknya kerana nafkah yang diberikan oleh bekasn suaminya AC Mizal tak mencukupi. Itulah yang dimkalumkan oleh ibu kepada Shafnie, Rapiah Ab Talib yang jugak seorang pesara. Shafnie jugak ada pinjam duit dari ibu saudaranya.

shafnie

Selain itu, Shafnie ada menjual barang barang kepada kawan-kawannya untuk menampung perbelanjaan 2 orang  anaknya hasil dari perkahwinan dgn Ac Mizal, kata ibu Shafnie yg memberi keterangan di Mahkamah Syariah di Kajang, pada Selasa lalu.

Rapiah ada memberitahu, anak anak Shafnie dan Ac yang bernama Muhammad Shafiq Iman, 15 tahun  dan Muhammad Shabil Iman, 12 tahun sudah lama tak berjumpa dengan Ac, bapa mereka.

Shafnie, 36, yang merupakan seorang bekas model berkahwin dengan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan anak, Muhammad Shafiq Iman, 15, dan Muhammad Shabil Iman, 12, sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.

Tak berapa lama selepas bercerai dgn Ac, Shafnie berpindah ke rumah ibunya Rapiah di Cheras, kerana tak mampu lagi membayar sewa di kediamannya di Damansara. Selama tinggal serumah dengan Shafnie dan cucunya, dia yang banyak tanggung perbelanjaan meraka, dan dia sudah tak mampu lagi menjaga mereka kerana sudah uzur.

Anak anak Ac Mizal dan Shafnie terganggu emosi kerana mendengar dan membaca cerita mengenai bapa mereka di tv dan tahu bapa mereka masih hidup tapi tidak dapat berjumpa bapa mereka, kata Rapiah lagi. Cucunya pernah memberitahu dia, yang mereka berjumpa ayah mereka di mahkamah dan nampak ayah mereka pakai kasut mahal.

Yuran persekolahan Muhammad Shafiq Iman melebihi RM200 sebulan dan akan dibekalkan RM2 sehari sebagai wang belanja dan dinaikkan kepada RM5 jika kanak-kanak itu perlu menghadiri aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

Shafnie pernah berkahwin untuk kali kedua selepas berpisah dengan A.C MIzal dan perkahwinan tersebut juga berakhir dengan perceraian.

Rapiah bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Siti Aishah bahawa permohonan tersebut hanya difailkan selepas perceraian kali kedua berlaku dan memberitahu bahawa isu nafkah itu telah lama timbul semasa Shafnie masih bergelar isteri orang.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah kemudiannya menetapkan perbicaraan bersambung pada 13 September depan untuk membolehkan Siti Aishah meneliti secara terperinci afidavit keterangan Rapiah bagi membolehkan beliau menyoal balas saksi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Shafnie Bekas Isteri AC Pinjam Duit Tak Cukup Nafkah Anak”

  1. macamnilah says:

    euww kedekut nye ac mizal shafnie tu mintak duit bukan utk dia joli katak dia cuma nak tanggung anak2 ac gak,.
    jom pakat ramai2 terjah ke blog sy,
    ada pelbagai info2 terkini lg sengsasi,
    baru diupdate sebentar tadi,.
    azean irdawaty lebih sebulan terlantar sakit,
    gambar2 kucing yg masih hilang dibawah penjagaan perknoted,
    CEO yahoo dipecat ?,.
    ada lagi pelbagai info2 terkini lagi sengsasi yg wajib dibaca,
    jom ramai2 terjah ke blog saya,..

  2. FD says:

    takkan duit jual gelang tak cukup lagi kot… duit drpd jd host maharaja lawak pun takkan tak cukup kot… anak sendiri jugak tuh.

  3. Pacifista says:

    sian pulak aku tengok bekas bini dia ni.susah sangat ke nak bagi nafkah anak ni?bukannya ac ni orang takde duit.jutawan pulak tu.alahai…
    Pacifista recently posted..Contest: Review Alexa @ Pacifista.my

  4. Juan says:

    xtau nak cakap aper, cuma yg boleh cakap sebagai seorang bapa tanggangjawab tetap tanggungjawab, kesan mcm ni akan membentuk perilaku anak masa deoan samada sukakan bapa atau tidak, ermmm dunia dunia…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold