Senarai Jalan Tutup Sempena Merdeka

Keadaan trafik di sekitar ibu kota bergerak perlahan berikutan beberapa jalan utama ditutup secara berperingkat mulai hari ini 13hb September hingga Jumaat sempena sambutan kemerdekaan negara dan Hari Malaysia.

Nampaknya selama 3 hari jalan utama ditutup. Mungkin ditutup awal supaya persiapan dapat dibuat lebih awal. Ini agak menyukarkan pengguna jalan raya.

Jurucakap Trafik Jalan Bandar berkata trafik perlahan sehingga pukul 10 pagi juga disebabkan terdapat pelajar sekolah rendah bercuti kerana peperiksaan bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula hari ini.

“Sekiranya pelajar sekolah tidak bercuti hari ini, kemungkinan berlaku kesesakan teruk di sekitar ibu kota kerana ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah dan orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jalan utama yang ditutup bermula pukul 8.15 pagi melibatkan :

Jalan Travers,

Jalan Mahameru,

Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara),

Jalan Lembah,

Jalan Perdana (Masjid Negara),

Bulatan Hishamuddin,

Jalan Tembusu,

Jalan Cenderasari,

Jalan Kinabalu, susur Bukit Aman dan

Jalan Raja.

Turut ditutup ialah

Jalan Leboh Pasar Besar,

Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Tun Perak,

Bulatan Dato Onn,

Jalan Parlimen,

Jalan Raja Laut,

Jalan Sultan Ismail,

Jalan Tuanku Abdul Rahman,

Jalan Munsyi Abdullah,

Jalan Dang Wangi dan

Jalan Mahkamah Persekutuan.

sumber : Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Senarai Jalan Tutup Sempena Merdeka”

  1. yas says:

    semoga berjaya buat kengkawan yg menyetrai perbarisan….
    #jgn bg malu kompeni aaaa…..:)
    yas recently posted..Iqbal Fahreen~ Anak Istimewa…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold