Safee Sali Digelar David Beckham Malaysia

Safee Sali 27 tahun, sampai pada Isnin lalu dan mempamerkan aksi cemerlang pada sesi latihan pada hari Selasa di Stadium Cardiff City. Safee Sali mendapat liputan meluas dari media di UK. Safee penyerang terbaik di Asia Tenggara, kalau di Malaysia kita gelar dia jelmaan Mokhtar Dahari, manakala di UK pengurus RangersĀ  Neil Warnock menggelarkan Safee sebagai David Beckham Malaysia. Malaysia pasti berbangga dengan Safee Sali yang menjaringkan

gol sebanyak 110 gol dalam kemunculannya di 138 aksi perlawanan liga Malaysia, menyumbang 16 gol dalam 31 perlawanan antarabangsa. Pengurus peribadi Safee iaitu Zakaria Ab Rahim jugak berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain itu di Cardiff.

Safee Sali menganggap peluang berlatih di Cardiff sebagai peluang keemasan yang datang dalam hidupnya yang tak pernah digambarkan. Dia menumpukan sepenuh tumpuan sekarang untuk menambat hati bos Bluebirds.

Utusan :

Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin. Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.

Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu. “Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds. “Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.

“Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu. “Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik. “Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain,” katanya. Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.

Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai ‘David Beckham Malaysia’, Zakaria berkata: “Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.

“Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City,” katanya.

Aksi Safee sali

Koleksi jaringan Gol Safee Sali (video)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Safee Sali Digelar David Beckham Malaysia”

  1. Cik Dara says:

    Jika safee komited dengan tugasnya, tak mustahil dia akan lebih berjaya nanti. Jadilah seperti padi yang sentiasa tunduk walaupun semakin berisi. InsyaAllah.
    Cik Dara recently posted..Nak kawen dengan anak makcik tak?

  2. akubiomed says:

    Bagus lah kesungguhan yang ditunjukkan oleh Safee Sali anak Malaysia telah membuka mata semua pihak

  3. titan says:

    biarpun macam nampak terlambat sebab usianya, tetapi aku yakin dia boleh pergi jauh.
    titan recently posted..Aku sudah pulang.

  4. APAN says:

    david beckham tu…semoga dia berjaya :)
    APAN recently posted..Mereka Dan Anjing-Anjing Mereka

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold