PM Najib Umum Kejutan dalam Perutusan Malam Ni

Berita ni buat suspen je, apa lah agaknya ye yang nak diumumkan oleh PM Najib malam ni. Satu kejutan besar bakal diumumkan oleh perdana menteri kita malam ni dalam ucapan khas sempena Hari Malaysia.

Sudah menjadi kewajipan PM Najib memberikan ucapan dalam perutusan khas yang akan dipancarkan secara langsung di semua siaran tv di Malaysia menjelang hari penting dan bersejarah itu.

Rata rata rakyat pasti nak kejutan yang seronok untuk didengar..kakitangan kerajaan meneka -neka, gaji pekerja awam mungkin akan naik..hehe

Sama sama kita nantikan dengan sabar perutusan khas Perdana Menteri di Angkasapuri sempena sambutan Hari Malaysia malam nanti jam 9 malam.

UPDATE TERKINI:

PM Najib umumkan  ISA dan Akta Buang Negeri dimansuhkan , petikan dari Malaysia kini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

“Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus,” katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini.


Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
“Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan,” tambahnya.

Perdana menteri juga mengumumkan prinsip pembaharuan tahunan bagi permit pencetakan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.


Sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.

“Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau,” tambahnya.

Gubal dua undang-undang baru ganti ISA

Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua (2) undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

“Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.


“Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.


Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri,” tambahnya.


Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.


“Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi,” tegasnya.



Kebebasan Berhimpun dikaji semula.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.


“Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa,” tegasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “PM Najib Umum Kejutan dalam Perutusan Malam Ni”

  1. jun says:

    PM nak nikah sorang lagi kot

  2. Kopipanas says:

    Najib nak buat kenduri kawen anak dara dia tu..jom pakat pegi kenduri nanti :)

  3. mentol says:

    rosmah mnengandung 4 bulan kakakakakaka

  4. orang lama says:

    dah dapat dah siap bunuh altantuya sharibuu

  5. pakman says:

    jangan umum yang mengenyangkan perut sendiri udah le

  6. boboimalaysia says:

    Alaa..tanjat boboiii!!! tanjat boboiii

  7. zzzzzz says:

    Korang ni semua nak kerajaan suap mulut korang! korang tanya la diri korang tu apa yang dah nkau buat kat negara sblom negara buat jasa kat korang

  8. joey21 says:

    lelong lelong..siapa nak beli cincin..mulah mulah maaaa
    tahan lama maaaa

  9. Juan says:

    malam ni ker, ok aku tonton siaran mlm ni

  10. Pacifista says:

    harap2 la gaji naik :p
    Pacifista recently posted..Highlight Bonus Pacifista

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold